• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Ramai ‘Geng Pak Su’ Akan Didakwa – Polis

oleh Ahmad Albab
26/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis Kedah mendedahkan lebih ramai anggota ‘Geng Pak Su’ yang terbabit dalam jenayah penyeludupan di sempadan akan dihadapkan ke mahkamah susulan pendakwaan terhadap ketuanya dan tiga anggota kumpulan itu di Mahkamah Sesyen hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Atrash Wahid berkata mereka akan didakwa dalam masa terdekat menurut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

“… jumlah ahli yang akan dituduh akan diberitahu kemudian.

“Ini merupakan kali pertama pertuduhan dibuat terhadap jenayah penyeludupan di sempadan dan kita berharap ia akan memberi impak kepada kegiatan penyeludupan dan kumpulan-kumpulan penyeludup yang lain,” katanya kepada pemberita di perkarangan kompleks mahkamah di sini.

Beliau hadir di kompleks mahkamah itu bagi mengikuti prosiding pendakwaan melibatkan ketua ‘Geng Pak Su’, Johari Ariffin, 35 bersama-sama tiga lagi anggota kumpulan itu – Rosidi Aziz, 35, Norazif Ahmad, 37, dan Shahadan Salim, 38 yang dituduh menyertai kumpulan jenayah terancang.

Sementara itu, mengulas perkembangan kes seorang pegawai rendah polis maut ditembak dalam kejadian di perkarangan sebuah rumah di Taman Sri Hosba, Changlun, Jitra pada 18 Ogos lalu, Mior Farid berkata siasatan masih berjalan.

“Siasatan akan diteruskan sehingga semua yang terlibat ditahan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54 yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman maut selepas terkena empat daripada enam tembakan yang dilepaskan ke arahnya dalam kejadian 10.25 malam itu.

Polis dilaporkan berkata mereka percaya kejadian itu ada kaitan dengan aktiviti pembanterasan di bawah Akta Pencegahan Jenayah di Bukit Kayu Hitam yang dijalankan sejak dua minggu sebelum insiden tersebut. – BERNAMA

Tags: penyeludupan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nafi Terbabit Kegiatan Seludup Keluar Nur Sajat

22/09/2021
0

KANGAR - Seorang lelaki tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini bagi menafikan dakwaan dia terbabit dengan...

18 Anggota Keselamatan Terlibat Sindiket Jenayah Ditahan

18/06/2020
0

JOHOR BAHRU - Demi bayaran RM500 hingga RM1,000 sebulan, sekumpulan pegawai dan anggota pasukan keselamatan dipercayai sanggup menjual maklumat kepada sindiket...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd