• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 50,000 Dijangka Hadir Sambutan BKN 2017

oleh AK-47
25/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lebih 50,000 dijangka hadir pada sambutan Bulan Kebajikan Negara (BKN) 2017 Peringkat Kebangsaan untuk meraikan warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) serta mengiktiraf sumbangan sukarelawan dalam memastikan kesejahteraan kumpulan sasar terus terbela.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sambutan julung kali itu diadakan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, dekat sini bermula Rabu hingga Ahad ini.

Sebelum ini, katanya, pelbagai sambutan diadakan secara berasingan untuk meraikan kumpulan sasar Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) iaitu Hari Warga Emas pada 1 Okt, Hari Kanak-Kanak pada mana-mana Sabtu pada bulan Oktober, Hari OKU (3 Dis) dan Hari Sukarelawan (5 Dis).

“Penganjuran BKN 2017 bukan sahaja dapat mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan, ia dapat memastikan impak lebih menyeluruh kepada kesejahteraan kumpulan sasar bersama kumpulan sukarelawan.

“Sambutan ini menunjukkan komitmen kerajaan bahawa tiada kumpulan yang dipinggirkan dalam arus pembangunan negara,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Bertemakan ‘Memperkukuh Inklusiviti ke Arah Kesejahteraan Masyarakat’, beliau berkata ia merupakan satu platform kolaborasi strategik dan manifestasi kerjasama multisektoral antara kementerian, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan syarikat korporat untuk kesejahteraan kumpulan sasar.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang lima hari sambutan berlangsung termasuk pameran dan perkhidmatan khas untuk kumpulan sasar, Hari Inovasi JKM, persembahan kanak-kanak dan OKU, berselawat, program ‘Disability Equality Training’ dan ‘Al-Quran Braille Hour’, katanya.

Penyampaian anugerah pelbagai kategori merupakan acara kemuncak Program Kebajikan Negara 2017 sebagai menghargai pencapaian dan sumbangan kumpulan sasar mengikut bidang yang dikenal pasti iaitu kategori OKU, warga emas, kanak-kanak dan sukarelawan, katanya.

Antara anugerah itu ialah Anugerah Khas OKU (bidang akademik, usahawan dan sukan), Anugerah Ibu Bapa Mithali, Anugerah Majikan Prihatin, Anugerah Abilimplik Antarabangsa dan Anugerah Khas Paralimpik (kategori OKU) serta Anugerah Warga Emas Tertua (kategori warga emas).

Anugerah lain ialah Pingat Hang Tuah, Anugerah Gemilang Akademik, Anugerah Gemilang Sukan, Anugerah Gemilang Kebudayaan dan Kesenian serta Anugerah Gemilang Kanak-kanak OKU (kategori kanak-kanak), Anugerah Sukarelawan JKM Cemerlang dan Anugerah Sukarelawan Khidmat Bantu di Rumah (kategori sukarelawan).

Rohani berkata sambutan BKN selama sebulan telah dilancarkan pada 10 Sept lalu dengan pelbagai program ‘touch point’ diadakan di peringkat negeri. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah JSKK Sarawak Mahu Pantas Selesai Kes

19/04/2018
0

KUCHING - Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak (JSKK) Sarawak menetapkan sasaran untuk menyelesaikan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam tempoh enam...

Lelaki Mangsa Keganasan Rumah Tangga Perlu Tampil

01/04/2018
0

ISKANDAR PUTERI – Kaum lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga diminta tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan pembelaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd