• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan Najib Ke AS Beri Kesan Positif

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) bermula esok perlu dilihat secara positif khususnya dalam memperkukuhkan lagi perkongsian strategik Malaysia-AS.

Tidak seperti ulasan negatif yang digembar gemburkan oleh pelbagai pihak di dalam dan luar negara, ia menunjukkan komitmen Perdana Menteri dan negara untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala serta kerjasama dalam isu serantau dan antarabangsa demi kepentingan bersama.

Lawatan menerusi jemputan daripada Presiden Donald Trump itu juga penting kerana ia berlaku sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Duta Besar Malaysia ke AS, Tan Sri Zulhasnan Rafique, dalam taklimat kepada media Malaysia di sini petang semalam, memaklumkan jemputan oleh Trump dalam tahun pertama beliau sebagai presiden melambangkan pentingnya Malaysia kepada AS sebagai rakan strategik rantau Asia.

Katanya, perkongsian di antara Malaysia-AS juga memainkan peranan penting ke arah mencapai matlamat sebagai negara maju berdasarkan Pelan Transformasi Nasional (TN50) dari tahun 2020 hingga 2050.

Ia turut membuka peluang kepada Perdana Menteri untuk menekankan kepentingan Malaysia dalam perjuangan menentang keganasan, sebagai suara kesederhanaan dan pragmatisme, serta sebagai negara majoriti Islam yang dinamik dan progresif.

Duta Besar Malaysia ke AS, Tan Sri Zulhasnan Rafique, dalam taklimat kepada media Malaysia di sini petang semalam, memaklumkan jemputan oleh Trump dalam tahun pertama beliau sebagai presiden melambangkan pentingnya Malaysia kepada AS sebagai rakan strategik rantau Asia.

“TN50 amat baik untuk dibincangkan dan apa kesannya terhadap AS. AS juga berminat untuk mengetahui pelbagai isu di Asia.

“Justeru, jemputan yang diterima daripada Presiden Trump ini adalah peluang keemasan kepada Perdana Menteri dan negara demi kepentingan Malaysia,” katanya.

Mengenai pelbagai laporan dan ulasan negatif media AS yang mempertikaikan lawatan dan jemputan oleh Presiden Trump, beliau berkata ia perkara biasa di negara itu yang mengamal kebebasan bersuara.

“Kita harus melihatnya (jemputan dan lawatan) secara positif apa yang baik untuk negara kita,” katanya.

Dalam lawatan kerja tiga hari itu, Perdana Menteri diiringi oleh isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut dalam delegasi ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Info:

  • Pertemuan dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada pagi 12 September.
  • Kedua-dua pemimpin akan mengadakan pertemuan empat mata di Oval Office, diikuti mesyuarat delegasi bersama Kabinet pentadbiran Trump serta penasihat kanan, termasuk Naib Presiden, Mike Pence; Setiausaha Negara, Rex Tillerson; Menteri Pertahanan James Mattis; Ketua Staf, Jeneral John Kelly; Penasihat Keselamatan Negara Leftenan, Jeneral HR McMaster dan Penasihat Kanan, Jared Kushner.
  • Kedua-dua pihak akan menilai status kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang dan meneroka peluang mengukuhkan lagi hubungan dua hala.
  • Malaysia berhasrat untuk mengambil peluang membincangkan kerjasama bidang ekonomi, keselamatan, pertahanan, pendidikan, antikeganasan, imigrasi, sains dan teknologi, serta hubungan sesama rakyat.
  • Isu berkepentingan bersama berkaitan keselamatan serantau dan ancaman global dijangka turut dibangkitkan oleh kedua-dua pemimpin.

Kedua-dua pihak akan mengeluarkan satu kenyataan bersama berhubung hasil pertemuan. – BH Online

Tags: lawatan rasmiNajib Tun RazakPerdana MenteriWashington
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Taufan Irma: Jutaan Penduduk Florida Pindah

Next Post

Pejuang Rohingya Isytihar Gencatan Senjata

Related Posts

Lawatan Rasmi Xi Jinping: Kesesakan Lalu Lintas Ditangani Sebaiknya

Lawatan Rasmi Xi Jinping: Kesesakan Lalu Lintas Ditangani Sebaiknya

15/04/2025
0

SHAH ALAM – Lalu lintas yang ditutup dan dilencongkan pada Selasa melibatkan laluan dari Lebuh KLIA ke Jalan P5, Putrajaya,...

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

10/02/2025
0

SEPANG - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Pejuang Rohingya Isytihar Gencatan Senjata

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd