• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kursus Ternakan Ikan Keli Afrika Ko-Nelayan Bermanfaat

oleh AK-47
13/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Peter Lampik dari Kampung Minyak, Kudat, kira-kira 190 kilometer dari sini, tidak menyangka suatu hari nanti beliau akan terlibat secara langsung dalam industri ternakan ikan keli spesies Afrika.

Penglibatannya dalam ternakan ikan keli berkenaan adalah secara tidak sengaja, semuanya bermula apabila beliau ditawarkan lima ekor ikan keli spesies itu oleh rakannya yang ingin menimbus kolam ikan kelinya selepas tidak mahu meneruskan lagi projek itu.

Semasa Peter mencadangkan kepada isterinya supaya ikan keli pemberian rakannya itu dimasak, isterinya mengesyorkan agar mereka membiakkan ikan itu dan tanpa berfikir panjang Peter, 60, seorang pesara Jabatan Kesihatan, mengiyakan sahaja cadangan isterinya.

Kini lima ekor ikan keli itu, beliau tempatkan dalam sebuah kolam simen untuk dijadikan induk dan kerja pembenihan menggunakan induk berkenaan akan dilakukannya sendiri menggunakan kemahiran yang diperolehnya daripada Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan), sebuah agensi di bawah kerajaan negeri Sabah, yang bertanggungjawab meningkatkan sosioekonomi masyarakat nelayan di Sabah.

“Saya sudah mengikuti tiga modul kursus ternakan ikan keli yang disediakan oleh Ko-Nelayan iaitu Pembenihan, Asuhan dan Penternakan. Kini saya begitu bersemangat menceburi penternakan ikan keli ini dan ingin berjaya dalam bidang ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara menunggu lima ekor induk ikan kelinya itu bertelur, Peter membeli 1,000 anak ikan keli dari Ko-Nelayan untuk dibesarkan dan seterusnya diternak di kolam ikannya.

Bagi Rawbay Alexius, 47, dari daerah Kunak, berkata ternakan ikan air tawar bukan perkara asing baginya kerana sebelum berjinak-jinak dengan penternakan ikan keli, dia sudah menternak ikan air tawar lain seperti ikan patin.

Rawbay yang sudah memiliki lapan kolam ternakan ikan berkata, beliau mula berminat dengan penternakan ikan keli Afrika itu selepas menerima kunjungan pegawai dari Ko-Nelayan di Kunak dan mencadangkan kepadanya supaya mengikuti kursus ternakan ikan keli spesies Afrika itu.

Tanpa membuang masa, Rawbay terus mengikuti kursus ternakan ikan keli kelolaan Ko-Nelayan dan berjaya menamatkan tiga modul kursus di agensi itu.

Menurut Rawbay walaupun ikan laut terkenal di Kunak namun ramai juga berminat membeli ikan keli peliharaannya dengan harga RM15 sekilogram, malah restoran turut berminat membeli ikan kelinya dengan syarat beliau berupaya membekalkan ikan keli itu secara berterusan.

“Kursus ini sangat bermanfaat kepada saya. Saya berterima kasih kepada Ko-Nelayan. Kalau bukan kerana Ko-Nelayan, saya tidak akan berada pada kedudukan sekarang. Saya akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya ini dengan masyarakat Kunak yang berminat menceburi bidang ternakan ikan keli Afrika ini.

“Saya juga sudah menurunkan kemahiran menternak ikan keli ini kepada anak saya dan saya lihat anak saya juga berminat dalam bidang ternakan ikan air tawar termasuk ikan keli ini. Saya juga yakin, bidang ternakan ikan air tawar ini boleh dijadikan sebagai satu kerjaya terutama belia-belia kita,” katanya.

Timbalan Pengurus Besar Ko-Nelayan Yusof Ag Besar pula berkata Ko-Nelayan memberi penekanan kepada ternakan ikan keli Afrika kerana spesies berkenaan mudah diternak, berisiko rendah, tidak mudah diserang penyakit atau tahan lasak serta tidak memerlukan kawasan yang luas untuk menternaknya.

Selain itu katanya, ikan keli juga kian mendapat tempat di pasaran sebagai alternatif kepada sumber ikan laut yang harganya kian meningkat saban tahun.

“Ada pengusaha kata mereka kurang pasaran. Mungkin penternak ini tidak membuat tinjauan pasaran. Sebenarnya bekalan ikan keli di Sabah tidak cukup.

Umpamanya, pada sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri, jualan sangat laku (laris), malah orang masih tercari-cari di mana lagi mereka boleh dapat bekalan,” katanya.

Pokok pangkalnya kata Yusof, pengusaha perlu kreatif mengintai pasaran termasuk rajin membuat tinjauan malah mencontohi rakan penternak mereka di Semenanjung Malaysia yang menyediakan outlet seperti restoran atau warung di kawasan tertentu khusus untuk memasarkan hasil ternakan ikan keli mereka sama ada dalam bentuk mentah atau telah tersedia terhidang untuk dimakan.

“Ko-Nelayan biasanya akan membantu penternak ini memperkenalkan hasil ternakan mereka dengan membawa mereka menyertai pameran tertentu. Selain itu, semasa kursus, kami juga berusaha membuka minda peserta untuk meneroka pasaran melalui medium media sosial seperti Facebook dan lain-lain.

Yusof berkata Ko-Nelayan juga menawarkan kursus lain seperti ternakan ikan dalam sangkar dan rumpai laut, malah turut memberi bantuan modal berbentuk pinjaman untuk membeli benih atau peralatan kepada pengusaha untuk memulakan perusahaan atau mengembangkan perniagaan mereka.

“Antara syarat untuk menerima pinjaman modal ialah peserta perlu menghadiri kursus. Kami juga akan membuat naziran. Di samping kami memungut hutang, kami juga akan lawati pengusaha untuk melihat perkembangan perusahaan mereka. Indeks Pencapaian Utama (KPI) kami ialah di samping menghulurkan bantuan pinjaman modal, kami juga mahu pastikan pengusaha ini berjaya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ikan Keli Afrika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd