• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kursus Di UA Yang Tak Relevan Akan Diganti

oleh AK-47
14/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kursus pengajian yang ditawarkan universiti awam (UA) yang tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa akan digantikan atau digabungkan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata kursus baharu yang memenuhi keperluan industri akan diperkenalkan selaras dengan Revolusi Industri 4.0.

Bagi tujuan itu Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pengauditan terhadap kursus yang ditawarkan di UA, katanya kepada media.

Beliau melawat Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (IKOM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sempena lawatan kerjan ke UniMAP.

Beliau turut menhadakan perbincangan dengan pensyarah UniMAP di kampus induknya di Pauh Putra mengenai keperluan universiti itu bagi mencapai matlamat TN50.

Idris berkata secara keseluruhan kebolehpasaran graduan UA bertambah baik kerana struktur UA sentiasa ditambah baik.

“Setiap universiti ada kelebihan masing-masing jadi kita tidak perlu mengubahnya, cuma universiti ini perlu menyerap keperluan industri atau mengubah halatuju mereka supaya sentiasa relevan,” tambahnya.

Beliau berpuas hati kerana kebolehkan pasaran graduan UniMAP yang mencapai 95 peratus dan dari jumlah itu 70 peratus ditawarkan pekerjaan sebelum mereka menerima ijazah.

Kumpulan pertama 136 graduan program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu IKOM akan menerima ijazah Oktober ini.

Sementara itu beliau melahirkan perasaan dukacita dengan kebakaran yang menimpa Maahad Tahfiz Darul Quran Iltifaqiyah di Jalan Datuk Keramat di ibu negara awal pagi tadi yang mengorbankan 24 nyawa.

“Saya berharap setiap Maahad meningkatkan prosedur keselamatan dan langkah-langkah perlu dibuat agar nyawa pelajar lebih terjamin atau kejadian sama boleh berulang,” kata Idris.

Penasihat kepada Menteri Pengajian Tinggi yang juga bekas Naib Canselor UniMAP, Prof Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin, Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Datuk Dr Mohd Sofi Osman dan Naib Canselor UniMAP, Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal turut hadir. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Lagi Balai Polis Di Rakhine, Myanmar Dibakar Pengganas

Next Post

MAIWP Bantu Urus, Sedia Dana Pengurusan Jenazah

Related Posts

100 Biasiswa Menteri Untuk Pelajar Terbaik Politeknik

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan...

Siswa Jaga Etika Dan Patuh Undang-Undang Berkempen

14/04/2018
0

PASIR MAS - Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara sekiranya mereka turut serta berkempen pada pilihan...

Next Post

MAIWP Bantu Urus, Sedia Dana Pengurusan Jenazah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd