• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuasai Gajet Bukan Gajet Menguasai Kita

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengajak generasi muda, terutamanya pelajar agar menguasai gajet dan teknologi komunikasi dan bukan teknologi berkenaan yang menguasai mereka.

Beliau berkata penggunaan teknologi komunikasi termasuk pelbagai bentuk media sosial sememangnya tidak dapat dielakkan kerana ia sudah seperti sebati dengan generasi hari ini namun ia akan menimbulkan masalah besar sekiranya ia disalahgunakan.

“Gajet sebenarnya boleh digunakan untuk melebarkan rangkaian kita, menjana ekonomi kita, menambah ilmu kita… kita guna gajet untuk tambah rezeki. Inilah dunia tanpa sempadan. Bukan lagi seperti dahulu.

“Dunia masa depan akan berbeza sama sekali berbanding dengan hari ini. Kalau kita tidak menguasainya kita akan terlambat dalam bidang ekonomi dan perniagaan,” katanya ketika berucap pada majlis Sehati Sejiwa di Univeriti Malaysia Sabah (UMS) di sini, hari ini.

Turut hadir pada program berkenaan ialah Naib Canselor UMS Prof Dr D Kamarudin D Mudin.

Menurut Salleh kalau dahulu, peniaga memerlukan premis untuk berniaga namun hari ini premis perniagaan seperti itu seolah-olah sudah tidak perlu kerana perniagaan kini boleh dilakukan di dalam talian.

Justeru itu, katanya generasi muda mesti memahami perkembangan semasa dan melihat jauh ke hadapan mengenai perubahan-perubahan yang bakal berlaku pada masa akan datang termasuk kedudukan negara ini 30 tahun akan datang seperti dikehendaki mengikut Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Katanya corak pemikiran yang hanya mengharapkan peluang-peluang pekerjaan yang disediakan dalam sektor awam juga perlu diubah kerana peluang-peluang pekerjaaan seperti itu pada masa akan datang tidak lagi sama dengan sekarang.

Sebaliknya, menurutnya generasi muda perlu melebarkan pemikiran dan mengintai peluang-peluang pekerjaan di luar daripada kebiasaan dan teknologi komunikasi boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan itu.

Pada majlis berkenaan Salleh turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMS dan Jabatan Penyiaran Malaysia bagi meningkatkan dan mengembangkan usahasama dalam bidang penyiaran, kewartawanan dan teknikal.

UMS diwakili D Kamarudin manakala Jabatan Penyiaran Malaysia diwakili Ketua Pengarahnya Datuk Abu Bakar Ab Rahim. – Bernama

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruakgajet
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Geng Tampin Square’ Aktif Dalam Kes Pecah Kedai Ditahan

Next Post

Permainan Tradisional Pupuk Perpaduan Rakyat

Related Posts

Ustaz Ebit Lew Terima 43,000 Mesej Mohon Bantuan Tablet

22/01/2021
0

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan menerima 43,000 mesej atau lebih tepat 43,000 individu yang memerlukan kelengkapan...

Ibu Bapa Perlu Budayakan Etika Sihat Guna Gajet

27/11/2018
0

KENINGAU - Ibu bapa perlu membudayakan etika dan peraturan sihat dalam penggunaan gajet serta pelayaran siber dalam institusi keluarga masing-masing...

Next Post

Permainan Tradisional Pupuk Perpaduan Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd