• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komik Mr. Kiasu Kembali Lepas ‘Hilang’ 18 Tahun

oleh
03/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Mr. Kiasu, salah satu komik paling popular Singapura, bakal muncul semula selepas ‘lenyap’ selama 18 tahun dengan edisi baharu diberi nama Mr. Kiasu: Everything Also Like Real.

Dalam satu kenyataan media baru-baru ini, penerbit Shogakukan Asia menyatakan bahawa komik yang mempunyai 128 halaman itu akan mula dijual di kedai-kedai buku utama seluruh Singapura mulai pada 9 September depan.

Mr. Kiasu: Everything Like Real adalah kemunculan pertama siri itu sejak awal dekad 2000-an. “Kiasu” daripada dialek Hokkien bermaksud takut ketinggalan sering dirujuk sebagai sindiran kepada budaya disiplin Singapura.

Penciptanya Johnny Lau dilaporkan stesen Channel NewsAsia membuat keputusan dramatik untuk menghentikan watak popular itu pada akhir tahun 1999 selepas ia diadaptasi untuk menjadi rancangan sitcom televisyen.

Johnny Lau (kiri) bersama koleksi Mr. Kiasu.

Komik satira itu sebenarnya mula diterbitkan pada 1990 dengan edisi sulung Mr. Kiasu: Everything Also I Want sebelum berkembang kepada majalah The Kiasu, K.S.X Kiasu the Xtraman dan Kiasu Krossover.

Lau bagaimanapun berkata Pengarah Urusan Shogakukan Asia, Bunsho Kajiya meyakinkan beliau untuk ‘hidup’ semula Mr. Kiasu, dengan mengatakan bahawa budaya “kiasu” lebih relevan pada generasi Singapura masa kini.

Mr. Kiasu: Everything Like Real akan dilancarkan dan kemudian dijual pada CharaExpo 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec di sini pada 9 dan 10 September.

Lau, 53, yang juga graduan senibina Universiti Southern California, Amerika Syarikat dijadualkan turut mengadakan ceramah dan sesi tanda tangan semasa acara tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kiasuSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd