• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Atlet Johor Dapat Insentif

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Atlet Johor yang menyumbangkan pingat kepada negara pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) akan diberikan insentif oleh kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kadar insentif itu adalah berdasarkan garis panduan yang sudah ditetapkan.

“Kita memang ada garis panduan bagi mana-mana atlet yang datangnya dari Johor, jika berjaya, memang ada dia punya kadar,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia Cawangan Johor dan Jamuan Pemimpin Belia Johor, di sini hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia yang menjuarai KL2017 dengan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa serta kepada atlet Johor yang mencatatkan prestasi cemerlang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Johor Datuk Zulkurnain Kamisan berkata seramai 55 atlet Johor mewakili negara pada temasya dwi tahunan kali ke-29 berkenaan dan mereka menyumbangkan 18 emas, 17 perak serta tujuh gangsa.

“Penyampaian insentif ini akan dilakukan dalam masa terdekat dengan pemenang pingat emas akan menerima RM4,000, pingat perak sebanyak RM2,000 dan gangsa menerima RM1,000,” katanya. – BERNAMA

Tags: Atlet NegarapingatSukan SEA KL2017
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bajet 2018: Salur Input, Cadangan Menerusi Web Khas

Next Post

Nabila Huda Bakal Tawan Annapurna

Related Posts

Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik Hadiahkan Pingat Pertama Buat Malaysia

Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik Hadiahkan Pingat Pertama Buat Malaysia

05/08/2024
0

BEREGU lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris selepas...

Atlet Negara Nikmati Caruman KWSP, PERKESO Mulai Januari Depan

Atlet Negara Nikmati Caruman KWSP, PERKESO Mulai Januari Depan

21/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Mulai tahun depan, atlet negara di bawah program podium akan dilindungi menerusi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

Next Post

Nabila Huda Bakal Tawan Annapurna

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd