• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Tunjukkan DAP Ketua Umum Pembangkang

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di masa lalu menunjukkan bahawa DAP adalah ketua umum pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Dengan kerusi majoriti dimiliki DAP berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang Salleh berkata DAP yang menentukan apa yang patut dilakukan.

“Kerjasama yang dijalin dengan PPBM sekadar untuk memberikan Pakatan muka Melayu untuk memancing pengundi Melayu. Tun Dr Mahathir Mohamad hanyalah boneka untuk memenangi undi Melayu dan diketengahkan kononnya sebagai pemimpin pembangkang tetapi tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan apa yang patut dilakukan walaupun dalam perkara seperti kerusi.

“DAP sentiasa berkuasa dan membuat keputusan apa yang patut dilakukan,” katanya dalam catatan di blog rasmi beliau hari ini.

Terdahulu, Salleh yang juga bendahari UMNO berkata pada 1990, DAP yang membuat keputusan untuk menubuhkan pakatan pembangkang dengan Semangat 46 tetapi bukannya dengan PAS.

“Pada 1999, sekali lagi DAP memutuskan untuk menubuhkan pakatan pembangkang dengan PAS tetapi pada 2001 DAP keluar daripada pakatan itu dan bergerak secara solo.

“Kemudian pada pilihan raya umum 2008, sekali lagi DAP mengumumkan penubuhan Pakatan Rakyat dan selepas pilihan raya umum 2013 mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

“Walaupun mereka sepatutnya berkerja berdasarkan konsensus, semua keputusan dan pengumuman dibuat oleh Kit Siang dan bukannya oleh mana-mana pemimpin pakatan yang lain,” katanya.

Salleh berkata sejak 1990 sehingga kini, Kit Siang telah menunjukkan bahawa DAP yang sebenarnya berkuasa dan mereka yang membuat keputusan apa yang patut dilakukan walaupun mereka mendakwa setiap orang dalam pakatan pembangkang adalah rakan kongsi yang setara.

“Bagaimanapun, tindakan Kit Siang bagi tempoh kira-kira 30 tahun lepas telah menunjukkan bahawa hanya apa yang dikehendaki DAP adalah penting dan jika ada sesiapa yang tidak menuruti kehendak DAP mereka akan disingkirkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: DAPDatuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd