• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Hidup Dek Wan Ke Layar Perak?

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA atlet negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mula meniti di bibir netizen selepas menjulang pingat emas dalam acara larian lelaki 100 meter T36 di temasya Paralimpik Rio tahun lalu.

Ridzuan atau lebih mesra dengan sapaan Dek Wan merupakan atlet paralimpik pertama yang membawa pulang pingat emas di temasya antarabangsa itu untuk Malaysia.

Pernah suatu ketika kisah hidupnya sebelum bergelar atlet negara tular di laman-laman sosial dan telah memberikan inspirasi kepada banyak pihak.

Baca: Inspirasi Dek Wan, Penjual Nasi Lemak Ke Juara Dunia

Disebabkan itu, pengarah filem, Tunku Mona Riza terpanggil untuk memfilemkan perjalanan kisah hidupnya dari seorang penjual nasi lemak ke juara dunia bagi acara pecut 100 meter.

“Insya-Allah, saya sedang merancang untuk projek menghasilkan sebuah filem atlet paralimpik negara iaitu Ridzuan Puzi dan sekarang dalam proses mencari bahan.

“Saya sudah berjumpa dia, ibu bapanya dan orang sekelilingnya. Selain itu beberapa orang penting yang bertanggungjawab membawanya ke dalam bidang sukan secara serius,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Menurut Tunku Mona, dia percaya disebalik kejayaan Dek Wan pada hari ini tersimpan 1001 kisah yang mendorong pemuda berusia 30 tahun itu bangkit untuk meneruskan impiannya dalam acara sukan.

Khabarnya, calon pelakon untuk membawakan watak itu juga sudah ada.

“Projek ini sudah bermula empat bulan lalu dan saya juga sudah jumpa pelakon yang bakal membawakan watak Ridzuan Puzi. Tapi saya tidak mahu dedahkan sekarang kerana bimbang tidak jadi.

“Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar saya akan umumkan dalam masa terdekat,” tambahnya lagi.

Khabarnya, pengambaran filem yang memaparkan kisah hidup atlet negara ini bakal dilangsungkan pada awal tahun hadapan.

Dalam pada itu, pengarah filem ini telah merangkul anugerah bagi kategori Pengarah Harapan menerusi filem Redha di Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) pada Sabtu lalu.

“Alhamdulillah saya tidak sangka dipilih untuk menang kategori ini. Pada mulanya saya buat filem Redha itu hanya sekadar untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kanak-kanak autism,” ujarnya.

Wah, nampaknya lepas ini akan bertambah lagi cerita-cerita yang memberi kesedaran dan inspirasi kepada masyarakat pada masa akan datang, daripada kisah gangster, hantu dan rempit sahaja! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Dek WanMohamad Ridzuan Mohamad PuziTunku Mona Riza
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Daftar Pemilih Secara Talian, Media Sosial Tak Sah

Next Post

Sajat Dah Ready, Majlis Kahwin Tahun Depan

Related Posts

Doa Ibu Bapa Buat Dik Wan Sebak, Raih Emas Ke-3

12/10/2018
0

JAKARTA – "Terima kasih emak, ayah, doakan Dik Wan" reaksi terharu atlet hebat negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi setelah menamatkan...

‘Luar Biasa’ Luahan Hati Buat Ridzuan Puzi – Saiful

17/11/2017
0

MOHAMAD Ridzuan Mohamad Puzi pernah 'menggegarkan' dunia sukan tanah air apabila menjadi atlet paralimpik pertama yang menjulang pingat emas di...

Next Post

Sajat Dah Ready, Majlis Kahwin Tahun Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd