Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video Lucah: Hilman Mengaku...

PUTRAJAYA - Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham mengakui telah bertemu...

PAS Dan Hikayat Kesilapan

PAS selalu tersilap.Kesilapan dan PAS berpisah tiada.Ibarat aur dengan tebing.Umpama air dicincang tidak...

Akta 355: BN Buktikan...

KUALA LUMUR - Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil alih peranan dan tanggongjawab...

Najib Lakukan Tinjauan Mesra,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melakukan...

Inspirasi Dek Wan, Penjual Nasi Lemak Ke Juara Dunia

MOHAMAD Ridzuan Mohamad Puzi, satu nama yang sangat dikenali selepas menjulang pingat emas dalam acara larian lelaki 100 meter T36 pada Kejohanan Paralimpik Rio de Janeiro tahun lalu.

Tetapi, tahukah anda siapakah beliau di sebalik title Raja Pecut yang dipegangnya itu?

Mari ikuti perkongsian yang disampaikan oleh @WahyuYordan menerusi laman Twitternya beberapa hari lalu. Rangkaian tweet tersebut telah berjaya mendapat 13,000 retweet dan reply daripada atlet yang lebih mesra disapa degan nama Dek Wan ini.

Menurutnya, seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Affizam Amdan, 46, merupakan orang yang bertanggungjawab menggilap bakat yang diperolehi Dek Wan.

“Encik Affizam merupakan seorang yang rendah diri, menunduk seperti padi berisi, yang telah menggilap jaguhan kampung Perlis,” kata Wahyu.

Pada awalnya, ayah Ridzuan, Mohamad Puzi Mat Isa menghantar Dek Wan ke Bengkel Batu Murni, Batu Bertangkup, Cuping, Perlis untuk menjalani latihan kemahiran asas perabot.

Affizam menjadi orang yang bertanggungjawab mengambil Ridzuan dari bengkel dan membawanya ke stadium untuk sesi latihan dan menghantarnya pulang ke rumah selama dua tahun.

“Begitulah rutin Dek Wan, sebagai budak gerai nasi lemak, sambil terus mengejar impian menjadi jaguh balapan.

“Di situ juga, Dek Wan dan kawan-kawan OKU yang lain bekerja, dengan gaji RM15 sehari menjual nasi lemak, jual burger, mencuci pinggan,” tulis Wahyu.

Chuah Heng Oon, 57, merupakan salah seorang insan penting dalam karier bekas peserta Kejohanan Sukan peringkat zon di Kejohanan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) itu.


Semasa Ridzuan sedang mempersiapkan dirinya untuk Kejohanan Sukan Para ASEAN 2009, Heng Oon telah meghadiahkannya sepasang kasut sukan yang baharu kerana kasut sedia ada sudah buruk dan rosak.

Menurut Wahyu lagi, Dek Wan pulang ke kampung selepas Kejohanan Sukan Para ASEAN 2009 berakhir semata-mata untuk berjumpa dengan Heng Oon.

Kredit turut diberikan kepada R. Jeganathan, jurulatih terkini Ridzuan yang turut menyumbang kepada kejayaan Ridzuan semasa di Rio dulu.

“Sekarang, Dek Wan di bawah jagaan jurulatih R. Jeganathan. Individu yang bertanggungjawab memastikan emas diraih di Rio 2016 itu.

“Terima kasih jurulatih Affizam, terima kasih jurulatih Jeganathan. Terima kasih uncle Heng Oon. Terima Kasih rakyat Malaysia yang memberi sokongan,” tulis Wahyu lagi.

Wahyu juga turut memuji penghidap Cerebral Palsy ini yang mempunyai cita-cita dan semangat yang sangat besar walaupun Dek Wan tidak pernah pergi ke sekolah dan tidak reti membaca mahupun menulis.

“Dia mungkin dilahirkan tidak sempurna dan ada kekurangan. Tapi ingat, kekurangan itu bukan penghalang untuk kita berjaya,” tulis Wahyu.

Kisah ini menjadi inspirasi buat anak muda negara ini. Orang kata, cita-cita kena besar untuk dapatkan kejayaan yang besar! Semoga Dek Wan dan atlet-atlet lain mampu bersinar pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (KL2017) akan datang. Good luck! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori