• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Cinta Bella, Engku Emran Buat Netizen Terharu

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMUM mengetahui bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran sudahpun selamat melangsungkan pernikahan dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September lalu.

Meskipun sebelum ini dia tidak pernah mendedahkan kisah cinta mereka secara umum, namun selepas pernikahan mereka, Emran telah menunjukkan sisi romantiknya dengan berkongsi kronologi hubungan mereka.

Memilih Instagram untuk berkongsi rasa hatinya, Emran memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan rentetan perkenalan singkat mereka hinggalah membawa ke gerbang perkahwinan.

Dan jujurnya, kami pun hilang ‘macho’ kerana tersentuh dengan ketulusan bait-bait kata pada kapsyen setiap gambar!

Alhamdulillah. Terima kasih atas semua doa and kind wishes ❤️

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on Sep 8, 2017 at 4:16pm PDT

Emran memulakan siri kisah cintanya dengan gambarnya bersama-sama Bella dan anak tunggalnya, Engku Aleesya berpegangan tangan.

Ketika tarikh itu yang meruapakan hari pernikahannya, ramai peminat di Malaysia yang masih berteka-teki kesahihan berita perkahwinannya. Namun di kapsyen entri tersebut, Emran seakan-akan mengesahkan persoalan itu dengan menulis: “Alhamdulillah, Terima kasih semua atas doa dan ucapan yang baik.”

Jakarta 3/6/17

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on Sep 8, 2017 at 11:16pm PDT

Emran kemudiannya berkongsi gambar pertemuan mereka pada bulan Jun lalu di Jakarta. Bella dan Emran yang berpakaian hitam sedondon kelihatan manis sekali ketawa bahagia namun masih mengekalkan jarak fizikal antara bukan muhrim. Kami suka contoh yang pasangan ini tunjukkan!

Difahamkan, pasangan ini pertama kali bersua ketika Bella turun ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan filem lakonannya berjudul Syurga Yang Tak Dirindukan bersama-sama Nora Danish.

Oleh kerana suami Nora iaitu Nedim Nazri Aziz merupakan sahabat baik Emran, Bella dan Emran dikatakan diperkenalkan kepada satu sama lain dan terus merasakan keserasian bersama seperti yang ditonjolkan di dalam gambar di bawah yang bertarikh 11 Mei.

Kuala Lumpur 11/5/2017

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on Sep 8, 2017 at 11:30pm PDT

Bagaimanapun, hubungan mereka sebenarnya bermula pada awal April lalu apabila Emran memuat naik entri mengenai first date mereka pada 14 April.

Kuala Lumpur 14 April 2017 #firstdate #firstmeal

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on Sep 8, 2017 at 11:38pm PDT

Dan segalanya mudah sahaja perjalanannya selepas itu kerana mereka saling memperkenalkan diri kepada keluarga masing-masing dari Bandung dan Malaysia.

Setelah dipertemukan dengan Aleesya yang amat dikasihi Emran, lelaki itu juga membawa Bella berjumpa dengan Erra yang turut memberikan ‘restu’ terhadap hubungan mereka.

Jakarta 12/6/17. Introduced to Bella’s parents.

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on Sep 8, 2017 at 11:55pm PDT

Bandung 18/6/2017. Invited to meet the immediate family.

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on Sep 9, 2017 at 12:03am PDT

Bandung 9/7/2017. After Bella’s father says i can marry his daughter. #sapulidi

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on Sep 9, 2017 at 12:22am PDT

Kuala Lumpur 15/7/2017. Bella meets Aleesya for the very first time. #happytears

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on Sep 9, 2017 at 12:37am PDT

Kuala Lumpur 17/7/2017. Introduced Bella to Aleesya’s mom Erra. #phew

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on Sep 9, 2017 at 12:55am PDT

Between KL-Jkt 3/8/2017. Flew my parents to meet Bella’s.

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on Sep 9, 2017 at 1:37am PDT

Padang 12/8/2017. Final location of pre wedding photo.

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on Sep 9, 2017 at 1:50am PDT

Kuala Lumpur 8/9/2017. #dadunomore

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on Sep 9, 2017 at 2:25am PDT

Rata-rata peminat daripada negara seberang dan Malaysia semuanya amat terharu dan gembira dengan perkahwinan pasangan ini kerana kedua-duanya amat menjaga batas dalam perhubungan dan dilihat amat mengasihi antara satu sama lain.

Apatah lagi, Aleesya pun kelihatan amat rapat dengan Bella dan keakraban hubungan itu mengagumkan para netizen.

Malahan, IG Emran juga tiba-tiba ‘meletup’ dengan ledakan ‘likes’ oleh peminat Bella dari Indonesia. Satu gambar kurang-kurang 100 ribu ‘likes’, kau hado?

“@puzianti_handayani: ikut bahagia n seneng teh ….smga samawa.”

“@sya_rifa_muth: Romantis pisan atuh.. malu malu gitu @elisasyamshine *ta’aruf.”

“@lovely_coaster: I think they suit each other #❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤much love for them.”

“@dihanaremanita: Ini sweet sangat 😍😍😍😍.“

“@riyahhaeriyah: ♥.”

“@ocha1701: Setelah syahh baru di post ya allah ini lah yg patut di contoh.”

“@lien.linan: emang cocok pisan.”

“@aisyahtarmidi: Akhirnya perjalanan cintanya sungguh terkesan yg amat dalam.”

“@nisal89: Bikin baper Ni, Kyknya suaminya syng bngt tuh ma neng @laudyacynthiabella.”

“@mommy_abizard: @ocha1701 betul banget… Suka x sama pasangan ini gak umbar2 kehidupan pribadinya sebelum sah di meja ijab qobul.. @laudyacynthiabella samawa ya…”

Malah, Bella juga ada memuat naik gambar dengan kapsyen yang manis dan mendalam buat suaminya itu.

Saya jatuh hati dengan cara abang mencintai Allah, dengan cara abang mencintai saya, cara mencintai keluarganya, Lebih lagi dengan cara abang mencintai aleesya, sosok laki2 yang saya inginkan untuk memimpin dan melindungi anak2 saya dan abang nanti. #BAE

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on Sep 8, 2017 at 10:26pm PDT


Tulisnya: “@laudyacynthiabella: Saya jatuh hati dengan cara abang mencintai Allah, dengan cara abang mencintai saya, cara mencintai keluarganya. Lebih lagi dengan cara abang mencintai aleesya, sosok laki2 yang saya inginkan untuk memimpin dan melindungi anak2 saya dan abang nanti. #BAE.”

Huaaaa, kami so terharu! Jadi kepada gadis-gadis di luar sana carilah lelaki yang beriman untuk dijadikan calon suami,ya. Setakat hensem dan berkereta import sahaja tidak akan menjanjikan bahagia, cewah! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Engku EmranLaudya Cynthia Bella
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Noor Nabila, Engku Emran Sah Suami Isteri

19/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Noor Nabila yang juga kakak kepada selebriti popular Neelofa selamat melangsungkan pernikahan dengan ahli perniagaan, Engku Emran...

Tolak Tawaran Ke New York Untuk Belajar Erti Susah

14/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella sanggup menolak tawaran berlakon di New York, Amerika Syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd