• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kiosk Khas Makanan Sarang Burung Walet Di Maeps

oleh AK-47
30/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Penggemar makanan berasaskan sarang burung walet berpeluang menikmati sajian premium berkenaan di kiosk khas yang dibuka di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini.

Terletak di Laman Perikanan, kiosk berkonsep ‘hipster’ dengan sup sarang burung sebagai menu utamanya itu dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang merasmikan kiosk khas itu hari ini bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK2017) yang sedang berlangsung di Maeps, berkata makanan berasaskan sarang burung walet itu mempunyai pengikut sendiri yang sanggup membayar harga tinggi bagi menikmatinya.

“Secara asasnya, kiosk ini menyasarkan lebih 500 pelancong China yang berkunjung ke Maeps setiap hari bagi menikmati sajian ikan sungai di Restoran Ikan Sungai yang terletak bersebelahan kiosk ini,” katanya.

Ahmad Shabery berkata produk yang dijual di kiosk itu telah melalui proses yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia dan China dengan setiap daripadanya mempunyai Kod QR, iaitu semua maklumat berkenaan produk seperti jenis, pengeluar, alamat pengeluar serta dari mana bahan itu diperoleh.

Kiosk yang dikenali sebagai Bird’s Nest Kiosk itu dikendalikan NAFAS Sialin (M) Sdn Bhd iaitu anak syarikat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

“Ini satu pembaharuan berani yang diambil Nafas yang tentunya akan memberi nilai tambah kepada kemudahan sedia ada di Maeps,” kata Ahmad Shabery.

Ketua Pegawai Eksekutif SIALIN Datuk Sia Swee Seng berkata bagi tempoh tiga bulan pertama beroperasi, pihaknya menyasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 10 kilogram sarang burung walet sehari.

Katanya produk sup sarang burung disajikan dalam sebuah mangkuk dengan setiap mangkuk mengandungi tiga gram dan dijual pada harga RM50.

Kiosk itu hanya menjual produk sarang burung walet jenama Peladang, satu cap dagang milik Nafas yang diiktiraf sebagai jenama berkualiti, bersih dan selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa China, katanya.

HPPNK 2017 yang bermula semalam akan berakhir Ahad ini (1 Okt). – BERNAMA

Tags: Burung Walet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd