• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pasukan B-22 Negara Dirisik Pasukan Liga Super

oleh Ahmad Albab
26/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kapten pasukan bola sepak Bawah 22 (B-22) negara, Muhammad Adib Zainudin mendedahkan beliau kini sedang dirisik oleh tiga pasukan yang bermain di Liga Super dan Liga Perdana.

Katanya, ketiga-tiga pasukan berkenaan berminat untuk mendapatkan khidmatnya bagi menghadapi Liga Malaysia pada musim hadapan.

“Perbincangan kini sedang dijalankan bagaimanapun tiada lagi hitam putih dan keputusan penuh antara saya dan kelab berkenaan,” katanya kepada pemberita di Majlis Penyampaian Insentif Atlet Sukan SEA dan Sukan Universiti Dunia 2017 Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini malam tadi.

Insentif berkenaan disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UITM), Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Sejumlah 31 pelajar UITM termasuk Muhammad Adib yang memenangi pingat semasa mewakili negara dalam Sukan SEA KL2017 dan Sukan Universiti Dunia 2017 menerima insentif masing-masing pada majlis itu.

Muhammad Adib adalah penuntut tahun akhir Diploma Sains Sukan di UiTM.

Beliau turut menyatakan kesediaannya berhijrah sekiranya mendapat tawaran dari kelab luar negara.

“Sekiranya ada tawaran dari kelab luar seperti dari Thailand atau Indonesia saya pasti akan terima, ia sebagai satu pengalaman yang amat berharga jika dapat bermain di luar negara,” katanya.

Beliau bersama beberapa lagi pemain pasukan B-22 negara antaranya Adam Nor Azlin (Selangor), N. Thanabalan (Felcra FC), Syamer Kutty Abba dan Muhd Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang) serta pemain Pahang, Muhamad Nor Azam Abdul Azih diintai kelab dari luar negara selepas mempamerkan aksi memberangsangkan dan membantu negara memenangi pingat perak pada KL2017. – BERNAMA

Tags: bola sepak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keadaan Banjir Di Perlis Mula Beransur Pulih

Next Post

#CintaLokasi: Promosi Drama Bodoh Berleluasa!

Related Posts

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

Next Post

#CintaLokasi: Promosi Drama Bodoh Berleluasa!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd