• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Elfira, Sufian Suhaimi Kini Semakin ‘Hanyut’?

oleh
11/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN baru sahaja bertapak di dunia seni, namun pelantun lagu Terasa Ada, Sufian Suhaimi kini dilihat semakin kerap terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Tambahan pula, berita tentang pertunangannya dengan pelakon cantik, Elfira Loy kini sudah menjadi buah mulut orang ramai.

Belum selesai dengan isu sebelum ini apabila penyanyi ini pernah akui tertekan dengan tohmahan netizen terhadap keputusan ingin menamatkan zaman bujang di usia muda, kini dia dihimpit pula dengan cerita lain.

Baca: Sufian Suhaimi Kini Akui Semakin Tertekan

Dalam seronok dan teruja menunggu fasa pertunangan, timbul pula satu kontroversi mengatakan Sufian telah mengabaikan pengajiannya.

Difahamkan, Sufian masih menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam peringkat Sarjana Komunikasi Massa.

Ekoran terlalu ‘mabuk’ cinta dan sikapnya yang ‘sibuk’ dengan Elfira, terdapat desas-desus mengatakan dia mengabaikan pengajian di universiti.

Ha? Biar betul ni? Jangan macam tu. Orang lain pun bercinta juga dikkk…

Bagaimananapun, spekulasi tersebut dibidas oleh tuan empunya badan dan mengatakan bahawa Elfira sama sekali tidak ada kena mengena dengan perkara tersebut.

Sufian mengakui dia banyak menangguhkan dan tidak begitu fokus dengan pengajian. Namun, perkara itu kerana dia terlalu sibuk dengan kerjaya seni.

Berikutan jadual begitu padat dan komitmen yang memerlukan dia untuk menghadiri pelbagai acara menyebabkan fokus terhadap kelas di universiti agak terganggu.

“Saya akui memang banyak tangguh pengajian, memang tak dapat fokus sangat pun. Tapi, bukan sebab bercinta sebagaimana yang orang ramai fikir, ia lebih kepada faktor kerjaya seni.

“Jadual saya sangat padat dengan kerja-kerja seni terutama muzik. Tak cuma itu, benda ini juga perlu menjayakan komitmen menghadiri banyak acara berbentuk kesenian dan sebab itulah saya tak dapat fokus dengan kelas di universiti.

“Kalau nak kata saya sibuk bercinta memang salahlah sebab bukannya saya ni hari-hari dengan Elfira,” katanya memetik sebuah portal online.

Tambah Sufian, kebanyakan mereka yang bercerita itu tidak mengetahui hal sebenar walhal perkara ini tidak kena mengena dengan Elfira sama sekali.

“Ini ujian mana-mana orang yang nak menyatu dan mendirikan rumah tangga. Malah, masa fasa merisik tempoh hari pun dah dapat rasakan ujiannya.

“Senang cerita, banyaklah ‘syaitan-syaitan’ yang mengganggu. Syaitan sekarang pun ada media sosial tau!  Tapi sesekali saya fikir, tiada seorang pun daripada kita yang maksum dengan sebarang kritikan atau kutukan.

“Macam anak seni, biasalah, ada orang akan sokong dan akan ada juga yang mengutuk. Saya positif, tidak ada penyebab untuk bersedih atau putus asa,” ujarnya.

Sufian akui merasa tertekan dengan tohmahan yang diberi, nak atau tak terpaksa telan juga atas nama bergelar seorang selebriti.

Namun sekali lagi dia menekankan, keputusan untuk menamatkan zaman bujang di usia muda bukanlah sebuah pengakhiran kepada karier yang ada.

“Apa yang saya nak tekankan, perkahwinan bukan titik pengakhiran karier sebab saya percaya pada rezeki. Yang penting adalah konsisten dalam menghasilkan karya,” ujarnya.

Sabar jelah. Kalau dah namanya artis tu, biasa lah ada je yang orang nak cakap. Apa-apapun, best of luck ya dik! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: Elfira LoySufian Suhaimi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elfira Loy Kongsi Nama, Wajah Anak

02/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu...

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang. Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd