• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Rafak Sembah Takziah

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR- Kerajaan Negeri Kedah merafak sembah takziah dan menzahirkan rasa dukacita atas kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Almarhum merupakan seorang pemerintah berjiwa rakyat yang mempunyai hubungan yang amat rapat dan sering mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya.

“Almarhum baginda mudah didekati dan sering memberi pandangan (tentang pembangunan)… bertanya kepada kerajaan (negeri) misalnya mengenai pembangunan di Langkawi,” katanya kepada pemberita selepas sidang berita khas bagi mengumumkan kemangkatan Sultan Abdul Halim di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Menurutnya Almarhum sering menyampaikan pesanan kepada beliau selaku menteri besar supaya sentiasa merancang pembangunan negeri Kedah.

Sultan Abdul Halim, 89, mangkat di Istana Anak Bukit di sini pada 2.30 petang tadi. Jenazah baginda akan dimakam di Makam Diraja Langgar pada 4 petang esok.

Di JOHOR BAHRU, kerajaan negeri dan rakyat Johor turut merafak sembah takziah atas kemangkatan Sultan Abdul Halim.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordn berkata kemangkatan baginda merupakan kehilangan yang amat besar bukan hanya kepada negeri Kedah malah bagi seluruh rakyat Malaysia kerana kehilangan seorang raja berjiwa rakyat.

“Dengan penuh rasa sedih dan dukacita, saya bagi pihak kerajaan negeri Johor serta rakyat jelata merafak sembah ucapan takziah kepada Sultanah Kedah Darul Aman, Sultanah Haminah Hamidun, puteri-puteri serta seluruh kerabat Diraja Kedah di atas kemangkatan Tuanku Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Khaled berkata Almarhum Sultan Abdul Halim banyak berjasa sepanjang tempoh pemerintahan selaku Sultan Kedah dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Beliau berkata Almarhum adalah satu-satunya raja Melayu sehingga kini yang pernah menyandang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dan memainkan peranan besar dalam pelbagai lembaran sejarah negara.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihiNya. Amin,” kata beliau.

Di SEREMBAN, kerajaan negeri dan rakyat Negeri Sembilan turut merafak sembah takziah atas kemangkatan Sultan Abdul Halim.

“Semoga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada pemberita hari ini.

Di KOTA KINABALU, kerajaan negeri dan rakyat Sabah juga merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat diraja Kedah atas kemangkatan Sultan Abdul Halim.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman menyifatkan Almarhum sebagai seorang raja yang peramah, berjiwa rakyat dan penyayang.

“Kami juga berkongsi rasa dukacita dan sedih ini bersama-sama dengan kerajaan negeri dan seluruh rakyat Kedah atas kemangkatan Almarhum Tuanku.

“Kami mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para hamba-Nya yang beriman dan dikasihi,” kata Musa dalam kenyataan hari ini.

Di KOTA BHARU, kerajaan negeri menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja negeri Kedah atas kemangkatan Sultan Abdul Halim.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata baginda telah memayungi rakyat dengan seadilnya dan menjaga keizzahan agama Islam dimercunya.

“Patik berdoa semoga Allah mencucuri rahmat dan magfirah ke atas roh baginda dan menempatkan baginda di Syurga-Nya bersama para golongan yang diredai,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd