• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Dicadang Lanjut Tempoh Cuti Bersalin Pekerja

oleh AK-47
13/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang peguam mencadangkan kerajaan agar mengkaji semula tempoh cuti bersalin pekerja wanita bagi memastikan tenaga kerja berkualiti golongan berkenaan dapat diteruskan.

Peguam S.Dharmen berkata tempoh cuti bersalin selama 90 hari bagi kakitangan wanita yang bekerja di sektor kerajaan dan 60 hari bagi sektor swasta yang telah digunapakai hampir 30 tahun itu dilihat kurang relevan untuk diteruskan lagi pada masa kini.

“Kalau kita lihat di negara-negara maju seperti United Kingdom, cuti bersalin pekerja wanita lebih lama. Mereka juga menawarkan gaji penuh untuk cuti bersalin bagi enam bulan pertama, separuh gaji bagi enam bulan berikutnya dan cuti tanpa gaji selepas setahun.

“Langkah yang diambil oleh negara-negara maju itu boleh dilaksanakan di negara ini, dengan mengambil kira faktor ‘hubungan’ antara ibu dan bayi yang baru lahir,” katanya ketika ditemui Bernama selepas Konvensyen Industri Meca Ke-13, di sini hari ini.

Konvensyen yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini disertai pelbagai individu yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang pekerjaan termasuk pengamal sumber manusia, ahli perniagaan dan pengurus syarikat.

Terdahulu, Dharmen yang merupakan salah seorang speaker dalam konvensyen berkenaan menerangkan topik berkaitan Akta Pekerja 1955.

Kata beliau, jika tempoh cuti bersalin dilanjutkan, ia sekali gus akan mengelakkan pekerja wanita berkenaan mengambil cuti berlebihan atau berhenti bekerja dengan alasan menyusu anak.

Dalam pada itu, Dharmen turut menggalakkan para majikan agar memberi kelonggaran kepada kakitangan wanita melanjutkan tempoh cuti bersalin selain menyediakan kemudahan ruangan mereka menyusu badan di bangunan-bangunan pejabat. – BERNAMA

Tags: cuti bersalinPeguam S.Dharmen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari, Tiada Tangguh Lagi

Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari, Tiada Tangguh Lagi

21/12/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan, akan tetap diteruskan mulai 1 Januari tahun depan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd