• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Pengecaman Mayat Diketahui Jumaat

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan proses pengecaman mayat mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung di sini, dijangka diketahui selewat-lewatnya 3.30 petang Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sehingga kini anggota keluarga mangsa telah menyerahkan asid deoksiribonukleik (DNA) untuk dipadankan dengan mayat mangsa yang sedang dalam proses bedah siasat.

“Saya minta kesemua waris bersurai terlebih dahulu bagi memberi laluan kepada petugas Institut Perubatan dan Forensik Negara (IPFN) untuk menjalankan proses bedah siasat.

“Insya-Allah pengurusan jenazah akan dilakukan setelah selesai proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada waris mangsa di IPFN Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Jamil Khir berkata sebahagian besar jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda dan selebihnya mengikut pilihan keluarga masing-masing.

“Namun keputusan untuk proses pengebumian terletak kepada keluarga masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata pihaknya telah menyediakan penginapan percuma kepada waris mangsa di dua hotel berhampiran HKL , Hotel Putra dan Hotel Grand Seasons untuk kemudahan mereka.

Dua puluh satu pelajar dan dua guru yang merupakan warden terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz itu pagi tadi.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyampaikan sumbangan peribadi daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail kepada waris mangsa. – BERNAMA

Tags: Darul Quran IttifaqiyahDatuk Seri Jamil Khir BaharomKebakaran Tahfiz Ittifaqiyahtahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd