• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kencing Gadis Ini Jadi Hitam Akibat Berbasikal Sejam

oleh
13/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Beriadah memang menjadi kunci untuk menjaga kesegaran tubuh, namun, jika tidak dilakukan dengan teknik betul, senaman yang ringan pun boleh bertukar menjadi cerita ngeri!

Keadaan itulah yang dialami seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Wuhan, China bernama Xiao Lan. Gadis remaja tersebut dilaporkan berhasrat menurunkan berat badannya yang ketika itu sudah mencapai 75 kilogram.

Menurut media tempatan, ia dilakukan agar lemak dalam tubuhnya cepat terbakar. Ini menyebabkan dia sanggup pergi ke sebuah pusat kecergasan dan terus mengayuh satu basikal pegun di gimnasium itu selama satu jam.

Meskipun ini bukan latihan yang berat, ototnya tidak dapat mengikuti senaman tersebut kerana Xiao belum pernah bersukan apatah lagi melakukan senaman regangan untuk ‘memanaskan’ badan dahulu sebelum beriadah.

Portal berita World of Buzz melaporkan, sejurus selesai menjalani latihan berbasikal itu, Xiao kemudian secara tiba-tiba mengalami kecederaan di bahagian betis. Lebih parah, air kencingnya didapati berubah menjadi warna hitam.

Ketika gadis tersebut diperiksa di sebuah hospital tempatan, doktor mendapati kesimpulan yang amat mengejutkan mereka sendiri namun mujur sempat menyelamatkan nyawa Xiao sebelum pesakit tersebut langsung maut.

“Pada kelaziman, bacaan enzim di otot dan myoglobin untuk orang normal adalah antara 100 dan 200, tetapi hasil bacaan dia pula telah mencapai lebih 20,000!” kata seorang doktor yang enggan dididedahkan namanya.

Menurut pegawai perubatan yang melalukan pemeriksaan, Xiao didiagnosis sebagai menderita Rhabdomyolysis. Ini merupakan keadaan apabila serat pada otot menjadi mati dan kemudian melepaskan jangkitan ke aliran darah.

Situasi ini boleh menyebabkan komplikasi serius seumpama kegagalan ginjal berfungsi yang dapat mengakibatkan kematian. Untung Xiao segera dirawat. Doktor berjaya mengeluarkan racun di dalam tubuh dan dari darahnya.

Jadi, untuk mereka yang mahu memulakan latihan di pusat kecergasan, ada baiknya ditemani oleh instruktur dan jangan memaksa kemampuan diri melebihi tahap sepatutnya jika jarang bersukan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: gimnasiumkencing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIJIK…Bagi Budak-Budak Kencing Dalam Tong Sampah Di Jaya Grocer Rimbayu

JIJIK…Bagi Budak-Budak Kencing Dalam Tong Sampah Di Jaya Grocer Rimbayu

20/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran tular di media sosial mencetuskan rasa marah dan jijik dalam kalangan warganet selepas seorang pengunjung...

Penduduk Indonesia Tidak Maafkan Pelancong Kencing Atas Gunung Bromo

Penduduk Indonesia Tidak Maafkan Pelancong Kencing Atas Gunung Bromo

17/09/2022
0

JAWA TIMUR : Selepas dikecam rakyat Indonesia, pasangan pelancong dari Eropah akhirnya membuat permohonan maaf selepas membuang air kecil di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd