Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Kes Buang Bayi: Teman...

ALOR SETAR - Teman lelaki kepada penuntut wanita yang disyaki terlibat dalam kes...

Kempen Jangan Bawa Telefon...

KUALA LUMPUR - Keghairahan ketika menggunakan gajet elektronik terutama telefon bimbit pintar, tanpa...

Ranking Universiti Penyelidik Negara...

PUTRAJAYA - Universiti awam Malaysia bakal mencatatkan peningkatan kedudukan dalam keputusan QS World...

Pelaksanaan Cukai Minuman Bergula...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan duti eksais ke atas minuman bergula...

Kembar ‘Belangkas’ Ambil Jurusan Sama Di UTM

JOHOR BAHRU – Kembar seiras Nurul Nadiah Abdul Halim dan Nurul Najwa Abdul Halim tidak boleh berpisah dan turut meneruskan pengajian dalam bidang sama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Gadis kelahiran Johor tersebut antara 6,101 pelajar baharu yang mendaftar di kampus utama UTM di Skudai untuk sesi pengajian ijazah sarjana muda dan peringkat sarjana.

Nadiah dan Najwa kedua-duanya mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia selepas menghabiskan pengajian Diploma Pengurusan Teknologi di kampus UTM cawangan Kuala Lumpur.

“Majlis konvokesyen kami dijangka berlangsung bulan depan di Skudai dan ia akan memudahkan kami kerana sudah pun mendaftar di sini,” kata Nadiah.

Walaupun dilahirkan di Johor Bahru, Nadiah dan Najwa, 21, berpindah ke Kuala Lumpur bersama keluarganya pada lapan tahun lalu.

Kata Nadiah, mereka percaya pada persaingan sihat sewaktu mengulang kaji pelajaran dan ia diamalkan sejak mereka di bangku sekolah lagi.


Najwa mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif 3.43 di peringkat diploma manakala kembarnya, Nadiah pula 3.52.

Walaupun mereka tinggal bersama di asrama UTM, Nadiah sebilik dengan rakan baharu sementara bilik Najwa pula hanya terletak bersebelahan biliknya.

“Ia tidak jadi masalah selagi kami boleh ke kelas bersama-sama,” kata Nadiah. – The Star/mStar Online

Kategori