• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Nafi Menang Nasib Ke Atas Selangor

oleh Ahmad Albab
25/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pengendali pasukan Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata kemenangan ke atas Selangor bukanlah ‘menang nasib’, sebaliknya hasil kerja keras pasukan selama ini bagi memastikan dapat menempah slot ke separuh akhir Piala Malaysia.

“Kita melihat kepada perlawanan suku akhir pertama yang mana di Selayang kita memberikan tiga gol jadi misi di sini tanpa bolos juga berjaya, jadi ada segelintir pihak yang menulis dengan mengatakan Kedah menang nasib adalah tidak tepat,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di sini, malam tadi.

Mohd Nidzam yang berpuas hati dengan prestasi anak buahnya berkata, beliau sangat menghargai beberapa pemain tonggak seperti Baddrol Bakhtiar, Mohd Rizal Mohd Ghazali dan Syazwan Zainol kerana walaupun masih mengalami kecederaan, mereka sanggup bermain demi membantu pasukan.

“Tabik kepada pemain saya terutama pemain kebangsaan yang kembali bermain walaupun masih cedera dan bermain dalam kesakitan, mereka bermain dengan bersungguh-sungguh dan semestinya kita kem Kedah berpuas hati dengan kemenangan malam ini untuk kita layak ke separuh akhir.

“Kalau ikut laporan doktor, ketiga-tiga pemain itu tidak dibenarkan bermain tetapi dengan semangat jitu yang ditunjukan mereka sanggup mengambil suntikan, makan ubat dan berlatih penuh dengan jiwa dan raga untuk bersama-sama pasukan berdepan Selangor,” katanya.

Kedah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas menang tipis ke atas Selangor 1-0 (agregat 4-2).

Dalam pada itu, Mohd Nidzam berkata beliau bersama kem kejurulatihan akan melihat pemain-pemain yang cedera untuk direhatkan bagi meneruskan saingan Liga Super agar mereka pulih sepenuhnya sebelum menjelang pertemuan separuh akhir pertama pada 13/14 Oktober nanti.

Mohd Nidzam percaya dengan prestasi yang ditunjukkan dan pemain-pemain yang semakin serasi, anak buahnya dapat melakukan yang terbaik pada saingan separuh akhir itu nanti kerana Kedah dijangka menurunkan semua tonggak-tonggak utama.

Sementara itu, ketua jurulatih Selangor P. Maniam berkata beliau berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan anak buahnya walaupun tewas di tangan pasukan Kedah.

“Saya boleh katakan keseluruhan prestasi Selangor bermain dengan baik dan kita banyak mencipta peluang terutama di separuh masa kedua menerusi kemasukan Andik (Vermansah), bagaimanapun kita tak boleh jaringkan gol sebab Kedah bermain dengan baik dan serangan balas yang pantas dan berbahaya, selain sepakan penalti yang dimanfaatkan Kedah sebelum itu,” katanya.

Beliau mengharapkan anak buahnya bangkit untuk meneruskan saingan Liga Super pada pertemuan bertemu Melaka nanti. – BERNAMA

Tags: Kedah FAPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd