Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Harus Bersatu...

SEMPORNA - Umat Islam perlu bersatu mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW bagi mengelak...

Mahkamah: Peguam Hisyam Teh...

KUALA LUMPUR – Peguam terkemuka, Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mengetuai pasukan...

Ratu Elizabeth II Kunjungi...

KUALA LUMPUR : Sepanjang tempoh pemerintahan Ratu Elizabeth II, baginda melawat Malaysia sebanyak...

Perlis Sokong Saranan Pasang...

KANGAR - Kerajaan negeri menyokong penuh saranan agar setiap masjid di negeri ini...

Kedah Hasrat Tambah RTC – Ahmad Bashah

ALOR SETAR – Kedah berhasrat menambah beberapa lagi Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) di negeri itu bagi memenuhi keperluan rakyat yang semakin bertambah.

Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata penambahan RTC itu perlu bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta mengurangkan kesesakan di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) di Alor Setar dan Sungai Petani.

Berikutan itu, Ahmad Bashah berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan untuk melihat perkara tersebut.

“Tumpuan kita adalah di kawasan luar bandar dan setakat ini kita sudah ada RTC di Napoh , Kubang Pasu dan jika ada keperluan kita akan tambah di Kulim atau beberapa kawasan lagi diluar bandar,” katanya selepas Program Lawatan Kerja di UTC Alor Setar, di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata walaupun RTC hanya menempatkan jabatan-jabatan penting dan tidak lengkap seperti UTC, namun sudah cukup untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung yang tentunya menjimatkan masa dan kos mereka.

Katanya perkhidmatan RTC dan UTC di negara in yang tidak wujud di negara-negara lain di dunia ini, adalah antara bukti kerajaan yang diterajui UMNO dan Barisan Nasional (BN) amat peka kepada keperluan dan kehendak rakyat.


“Sejak ditubuhkan pada 2013, seramai 4.8 juta pengunjung berurusan di UTC Alor Setar dan sejak Januari hingga hari ini, seramai 800,000 pengunjung telah berurusan di sini, saya jangkakan lebih satu juta akan hadir sehingga akhir tahun ini,” katanya.

UTC Alor Setar beroperasi setiap hari dari 8.30 pagi hingga 10 malam dan menawarkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara , Klinik 1Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia serta Majlis Bandaraya Alor Setar untuk memperbaharui cukai pintu dan lesen perniagaan.

UTC Alor Setar dan Sungai Petani turut menerima kunjungan penduduk Perlis dan Pulau Pinang memandangkan kebanyakan jabatan dan agensi kerajaan di negeri-negeri terbabit bercuti pada hari Sabtu dan Ahad. – BERNAMA

Kategori