• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecewa Ditinggal Kekasih, Pemuda Nekad Gantung Diri

oleh AK-47
26/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KES bunuh diri saban tahun meningkat di seluruh dunia termasuklah negara kita.

Apa yang lebih membimbangkan, gejala bunuh diri kebanyakannya terdiri daripada golongan muda yang dikatakan mengalami tekanan daripada keluarga dan juga masalah lain.

Baru-baru ini dalam kejadian di sebuah rumah di Felda Bukit Kuantan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Iswad telah menggantung dirinya di dalam bilik dengan menggunakan tali jerut.

Mangsa yang berusia 22 tahun itu dipercayai membunuh diri akibat kecewa kehilangan insan yang dicintai dan sebelum itu, ada memuat naik beberapa status di laman sosial sebagai meluahkan perasaannya.

Dalam status yang dimuat naik pada 6 Jun, Amirul mendedahkan bagaimana kehidupannya mula berubah menjadi lebih baik selepas meninggalkan tabiat-tabiat buruk. Semuanya berpunca daripada kehadiran bekas kekasihnya yang kerap memberi sokongan moral dan dorongan baik kepadanya.

Bagaimanapun, dia mendakwa dirinya sebagai ‘lelaki yang bodoh’ kerana ditinggalkan kekasihnya itu hanya kerana sesuatu perkara yang tidak wajar.

Sehinggalah dua hari selepas itu, mangsa memuat naik status “mati” seolah-olah memberi maksud yang dia bakal bunuh diri akibat terlalu sedih.

Di laman sosial, terdapat seorang netizen mengakui pernah berhubung dengan Amirul kerana bimbang akan keselamatan diri lelaki itu selepas membaca status-status yang dikongsikan. Bagaimanapun, Amirul tetap nekad untuk membunuh diri.

Apa yang lebih menyedihkan apabila ada segelintir netizen menyalahkan ahli keluarga mangsa akibat tekanan yang dihadapinya.

Ekoran itu, kakak mangsa memohon agar netizen berhenti memberi komen negatif sebagai menghormati adiknya yang telah pergi.

Apa yang berlaku ke atas Amirul mungkin agak tragis kerana berulang kali dia meluahkan perasaan untuk membunuh diri namun tiada siapa yang ambil peduli sehinggalah pemuda itu benar-benar melakukannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bunuh diriremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd