Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Empat Misi Pacu Transformasi...

KUALA LUMPUR : Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang dilancarkan Perdana...

Bayi Masih Bertali Pusat...

SEORANG bayi perempuan yang berumur satu hari telah ditemui oleh seorang lelaki di belakang...

Beberapa Kawasan R&R PLUS...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian di bawah...

Tiada Pampasan Kepada Negeri...

KUALA LUMPUR — Kerajaan tidak berhasrat membayar pampasan kepada kerajaan negeri yang menggazetkan...

Kagum Pembangunan Kanak-Kanak Di New Zealand

KUCHING – Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak negeri Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata beliau kagum dengan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat serta pembentukan dan program pembangunan kanak-kanak di New Zealand.

Fatimah, yang sedang dalam lawatan kerja ke Christchurch, New Zealand, akan melihat negara itu sebagai model untuk pembangunan kanak-kanak di Sarawak bagi kementeriannya.

Ketika di sana, beliau melawat Aviva Family Violence Service di Christchurch dan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nicola Woodward dan Gwenda Kendew, Pengurus Operasi pusat itu.

Fatimah berkata pusat itu membantu individu dan keluarga untuk bebas daripada keganasan.

“Pusat ini memberikan sokongan penuh belas kasihan, perkhidmatan terapi dan bimbingan kepada anak-anak dan keluarga berisiko.

“Mereka juga menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak, belia, wanita, lelaki, sokongan serangan seksual, pembiayaan mikro dan kediaman. Matlamat mereka adalah untuk memperkasa keluarga dan masyarakat bagi membolehkan sesuatu kediaman itu menjadi bebas keganasan,” kata Fatimah kepada Bernama dari Auckland hari ini.

Beliau yang mengetuai delegasi melawat Christchurch City Council disambut oleh Timbalan Datuk Bandar Christchurch Andrew Turner selain diberi penerangan mengenai dasar dan rancangan majlis itu untuk kanak-kanak, warga tua, keluarga serta kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.

Mereka turut melawat ke Ryman Charles Upham Retirement Village di Oxford Road, Rangiora, Christchurch, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam kehidupan bersara dan penjagaan di rumah.

“Terdapat 31 perkampungan pesara di seluruh New Zealand yang menyediakan penduduknya dengan pilihan kelas pertama dalam persaraan mereka.

“Kampung ini juga menyediakan pilihan tempat tinggal dan penjagaan termasuk townhouse dan apartmen, pangsapuri servis dan pusat penjagaan terbaik di rumah, hospital dan penyakit demensia,” katanya dan menambah usia minimum untuk tinggal di perkampungan ini adalah 70 tahun.


Delegasi juga melawat Karanga Mai Early Learning Centre, sebuah pusat pendidikan awal yang berkait dengan Teen Parent Unit di Kaiapoi High School yang memfokuskan kepada kesejahteraan ibu bapa remaja dan anak mereka. Pusat itu memenangi Anugerah Pendidikan Perdana Menteri 2016.

Dari situ, mereka melawat Christchurch Community Well-being North Canterbury Trust dan Waimakariri Council, yang juga pemenang Anugerah Perkhidmatan Profesional dan Teknikal 2016 yang menyediakan perkhidmatan sokongan percuma kepada keluarga dan masyarakat.

Fatimah berkata beliau juga bertemu Menteri Pendidikan New Zealand dan mengadakan perbincangan mengenai pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan kanak-kanak dan kesukaran pembelajaran dan tingkah laku kanak-kanak.

“Kami mengadakan lawatan sambil belajar ke pusat pendidikan awal kanak-kanak, BestStart Education dan Day Care Centre di Auckland.

“New Zealand adalah pembekal terbesar dalam pendidikan awal kanak-kanak dengan 183 pusat berada di North Island manakala 60 di South Island bersama-sama taska, prasekolah, tadika, Montessori dan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di rumah di seluruh negara,” katanya.

Fatimah juga mengadakan sesi ramah mesra dan menganjurkan makan malam untuk pelajar Sarawak dari University of Auckland serta rakyat Sarawak yang tinggal dan bekerja di Auckland. – BERNAMA

Kategori