• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPP Bukan Jentera Bawa Agenda Politik BN

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) bukanlah ejen untuk agenda politik Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Katanya, pemilihan anggota JPP dibuat secara terperinci dengan syarat mereka bukan Ahli Majlis dan keutamaan diberikan kepada penduduk yang bergiat aktif dalam pertubuhan, persatuan atau kerja-kerja amal.

“Mereka ini bukan jentera kita. Ada orang tuduh sengaja tubuh JPP sebagai jentera parti dan politik sedangkan ini adalah jentera yang membawa harapan, suara dan harapan masyarakat bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Ia bukan makanisme kepartian yang diwujudkan untuk kepentingan politik. Ia persepsi mereka yang tidak bertanggungjawab yang tidak berpuas hati,” katanya dalam sidang media selepas majlis Penyampaian Watikah Pelantikan dan Sesi Townhall Bersama JPP Negeri Terengganu.

Halimah berkata terdapat tiga objektif penubuhan JPP iaitu untuk menggalakkan penyertaan penduduk dalam program dan pembangunan kawasan setempat; membantu menangani isu-isu kesejahteraan bandar dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan serta mewujudkan hubungan baik antara masyarakat di kawasan kejiranan setempat.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri Datuk Mohd Jidin Shafee.

Tambahnya, sehingga 31 Ogos 2017, sebanyak 2,272 Zon JPP telah ditubuhkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan seramai 14, 726 anggota JPP telah dilantik.

“KPKT telah melantik 1,414 orang anggota JPP negeri Terengganu bagi penggal kedua untuk tempoh mulai 15 April 2017 sehingga 14 April 2019. Pelantikan ini telah menjadikan negeri Terengganu mencapai 80 peratus keanggotaan JPP yang lengkap mengikut Zon.

“KPKT telah menyalurkan Pemberian Peruntukan Khas KPKT berjumlah RM30,000 kepada setiap empat anggota Parlimen iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman. Peruntukan tersebut disalurkan pada 7 Mac lalu,” katanya.

Menurut Halimah, peruntukan itu akan digunakan untuk pelbagai program gotong-royong, pendidikan, pengurusan sisa pepejal dan ramah mesra bersama masyarakat.

Mengikut rekod, JPP telah ditubuhkan pada 2014 untuk memperkasa komuniti bagi pembinaan masyarakat yang produktif dan sejahtera. – BERNAMA

Tags: Datuk Halimah Mohamed Sadique
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Tsunami Melayu Tapi Tsunami Biru Melanda

03/05/2018
0

KOTA TINGGI - Sokongan masyarakat Melayu terhadap Barisan Nasional (BN) di daerah ini sangat padu dan kuat sekali gus menafikan...

RM11 Juta Naik Taraf 17 Kawasan Flat Terengganu

20/02/2018
0

KUALA TERENGGANU - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan RM11 juta menerusi Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd