Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pemilihan PBT Mungkin Dalam...

KUALA LUMPUR - Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) mungkin boleh dilaksanakan dalam...

Pakatan Harapan Perak Selesai...

IPOH - Pakatan Harapan (PH) Perak telah selesai sepenuhnya pembahagian kerusi Dewan Undangan...

Gaya Model Si Cilik...

JIKA ditanya mengenai dunia peragaan sekarang, pasti nama-nama model baru yang semakin popular...

Rekaan Konsep Jam Tangan...

Jam tangan pintar Samsung Gear A dijangka akan diumumkan pada waktu yang sama...

JKR Pantau Kawasan Cerun Berisiko Runtuh

GEORGETOWN – Jabatan Kerja Raya (JKR) meningkatkan pemantauan di kawasan cerun berisiko berlaku runtuhan di negeri ini sebagai langkah menghadapi Taufan Doksuri yang dijangka menyebabkan berlaku taburan hujan luar biasa.

Pengarah JKR Pulau Pinang, Ahmad Redza Ghulam Rasool berkata, sejak 15 September lepas, sebanyak 41 lokasi di Pulau Pinang telah dilaporkan berlakunya tanah runtuh tetapi ia tidak serius dan tidak melibatkan struktur bangunan.

“Kita akan melaksanakan pemeriksaan berterusan di setiap cerun-cerun bukit di mana ada berlakunya tanda-tanda kegagalan cerun seperti pokok condong, sistem perparitan tidak berfunsi dan juga retakan,” katanya kepada pemberita ketika mengiringi Ketua Menteri Lim Guan Eng melawat lokasi tanah runtuh di Pangsapuri Kayangan Puri Mutiara di Medan Fettes di sini, hari ini.

Beliau berkata kerja pembersihan dilakukan segera di lokasi yang dilaporkan berlakunya tanah runtuh dan sekiranya ia menghalang lalu lintas, kerja pembersihan itu akan diselesaikan dalam tempoh dua jam.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) JKR sekiranya berlaku tanah runtuh yang pertama adalah memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk setempat.

“Selepas itu, kami akan bersihkan cerun dan menjalankan langkah-langkah memastikan sistem perparitan berfungsi supaya air larian hujan tidak akan turun ke cerun. Kemudian kami akan tutup cerun yang runtuh itu dengan plastik untuk menahan aliran air hujan sebelum menjalankan langkah-langkah menyelamatkan cerun itu daripada hakisan,” katanya.

Ahmad Redza turut menasihatkan penduduk yang duduk berhampiran lereng bukit supaya sentiasa berwaspada dan sekiranya mendapati tanda-tanda kegagalan cerun seperti pokok condong atau kesan retakan, mereka harus melaporkan kepada pihak JKR atau Majlis Bandaraya Pulau Pinang.


Sementara itu, Guan Eng berkata, kerajaan negeri memutuskan memberikan bantuan kewangan RM400 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam bencana banjir kilat pada 15 September lepas.

“Borang permohonan bantuan akan dikeluarkan Isnin depan di mana-mana pejabat wakil rakyat kerajaan negeri dan maklumat mengenai kelayakan memohon itu akan diumum kelak,” katanya.

Hujan lebat sejak awal pagi semalam mengakibatkan hampir 50 kawasan di sekitar Pulau Pinang dilanda banjir kilat dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.

Banjir dikatakan berpunca daripada tempias Taufan Doksuri yang melanda Vietnam dan menyebabkan taburan hujan luar biasa. – Bernama

Kategori