• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Diberi Kad Amaran Tangani MERS-CoV

oleh AK-47
07/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua jemaah haji akan diberi Kad Amaran Kesihatan untuk mereka memantau status kesihatan masing-masing dalam tempoh dua minggu pertama selepas pulang ke Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jemaah haji yang tidak sihat dalam tempoh berkenaan dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran.

“Langkah itu penting bagi menghadapi kemungkinan kejadian jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV) di negara ini. Kementerian akan terus memantau situasi kejadian penyakit ini dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita luar negara mengenai kematian dua orang akibat MERS-CoV di Arab Saudi pada minggu lepas terdiri daripada seorang ekspatriat berusia 69 tahun yang meninggal dunia di Jeddah dan seorang lagi warga Saudi meninggal dunia di Buraidah.

Dr Noor Hisham berkata saringan kesihatan seperti saringan demam dan gejala MERS-CoV telah diadakan ke atas jemaah haji sebaik mereka tiba di pintu-pintu masuk antarabangsa negara.

“Mereka yang disyaki menghidap penyakit berjangkit termasuk MERS-CoV akan dirujuk ke hospital yang telah dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata sejak 2013 sehingga kini, kementerian itu melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) dari semasa ke semasa menerima notifikasi kes yang menunjukkan tanda dan gejala disyaki dijangkiti MERS-CoV daripada fasiliti kesihatan di seluruh negara, namun hanya satu kes yang dikesan pada April 2014.

Beliau berkata menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, sehingga 28 Ogos lepas terdapat 2,067 kes yang disahkan dijangkiti MERS-CoV termasuk 720 kematian dari seluruh dunia, dan daripada jumlah itu, 82 peratus merupakan kes yang dilaporkan oleh Arab Saudi.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan jangkitan MERS-CoV, mereka boleh memperolehinya daripada laman sesawang kementerian di http://www.moh.gov.my atau menghubungi talian hotline MERS di 03-88810300, katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd