Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Undang-Undang Perlu Untuk Elak...

KUALA LUMPUR – Koc Merah Jambu, koc khas yang diperuntukkan hanya kepada penumpang...

Tambang Bas Sekolah Mungkin...

SHAH ALAM: Ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah di sekitar Lembah Klang...

PU Rizz Buat Laporan...

PENCETUS Ummah (PU), Rizz atau namanya Haris Ismail, 24, sudah membuat laporan polis...

LG G5 Hadir Dengan...

PENGHUJUNG Februari 2016 ini, dua peranti baru dijangka mencuri perhatian, iaitu Samsung Galaxy...

“Jangan Layan Pemain Macam Budak-Budak”

ANTONIO Conte mengakui pengurus pasukan tidak boleh melayan anak-anak buah mereka seperti budak-budak meskipun terdapat pengurangan bintang sukan berprofil tinggi di padang.

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero dijangka terlepas permainan menentang pasukan pimpinan Conte selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Amsterdam.

Ketika kejadian, pemain kebangsaan Argentina itu menaiki sebuah teksi dalam perjalanan ke lapangan Amsterdam selepas menyaksikan konsert penyanyi Colombia, Maluma pada petang Khamis.

Pemain Chelsea, Tiemoue Bakayoko terselamat apabila terbabit dalam kemalangan kereta dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan minggu lalu.

“Saya suka memberikan bertanggungjawab,” kata Conte.

“Pemain bukan budak-budak, mereka adalah lelaki dewasa, mereka ada keluarga.

“Mereka mempunyai anak-anak dan saya fikir adalah penting untuk memberikan mereka tanggungjawab yang sewajarnya.”


Kemudiannya, tambah Conte, mereka pasti akan membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka sendiri.

“Adalah penting untuk memahami bila ada ruang untuk mengembara, pergi menonton perlawanan atau situasi-situasi lain.

“Bila anda bercuti, anda mesti mengambil tanggungjawab sendiri untuk cuba dan membuat keputusan yang terbaik buat anda, pasukan dan kelab,” katanya. – Mail Online/mStar Online

Kategori