Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Keunikan Ayam Tin Kampung...

BESUT - Sesiapa sahaja yang melalui jalan utama di Kampung Lubuk Kawah, Hulu...

2 Pelajar Miskin Gembira...

SHAH ALAM - Gemuruh bercampur gembira. Itu perasaan pertama dua pelajar miskin dari...

Bomoh Halau Jin Dalam...

Riyadh - Seorang bomoh memperkosa remaja yang mendapatkan rawatan kerana masalah psikologi selepas...

Persempadanan: Semua Parti Boleh...

NEW YORK - Parti-parti komponen Barisan Nasional dan pembangkang mempunyai peluang secukupnya untuk...

Jadi Gelandangan, Hazama Cerita Dikejar Orang Ramai

HEBOH baru-baru ini pelantun lagu Amaran Mama, Hazama dikatakan menyamar menjadi gelandangan di kaki lima Bukit Bintang.

Baca: Aura Suara Curi Perhatian, Siapa Dia Ni Sebenarnya?

Hazama, 33, akui tindakan tersebut secara tidak langsung telah memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya sebagai seorang manusia.

Penyanyi itu berkata hatinya tersentuh apabila melihat sokongan penonton yang begitu semangat memberi tepukan gemuruh ketika persembahan hari itu.

“Walaupun ketika itu saya berubah menjadi orang lain, berpakaian selekeh dan tidak terurus tetapi mereka (penonton) menghargai nyanyian lagu yang saya sampaikan.

“Saya dapat lihat masyarakat kita masih menghargai bakat berbanding populariti dan sokongan ikhlas mereka itu dapat dirasakan sampai ke hati.

“Lebih mengujakan, selepas persembahan ada yang mengejar saya semata-mata mahu memberikan duit dan minuman,” katanya dilapor mStar Online.

Aura Suara Curi Perhatian, Siapa Dia Ni Sebenarnya?

Hazama membuat penyamaran tersebut pada 9 September lalu dan mengambil masa selama dua minggu untuk merancang projek berkenaan.

Ternyata, projek ‘suka-suka’ Hazama dengan kerjasama produksi Rocketful Network menjadi dan berjaya mencuri perhatian ramai.

Malah, projek tersebut turut dilihat telah mencapai objektif dan matlamat.

“Saya terkejut dengan reaksi orang ramai yang menonton video nyanyian saya itu di laman YouTube dan ada yang tak menyangka itu saya.


“Alhamdulillah, apabila berita mengenai ini tular di laman sosial, ramai yang memuji eksperimen yang kami lakukan,” ujarnya.

Jelas penyanyi ini juga, projek tersebut dilakukan bukannya untuk mendapat keuntungan.

Juga: Sah Penyanyi ‘Gelandangan’ Itu Hazama

Sebaliknya, sebagai memberi kesedaran kepada umum selain usaha menyumbang sesuatu kepada masyarakat melalui cara tersendiri.

“Kalau ada sokongan daripada mana-mana pihak yang ingin membantu, mungkin kita boleh teruskan aktiviti sebegini dan dana yang kita perolehi boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Mungkin artis juga boleh turun padang dan hiburkan peminat dengan cara begini, ia lebih dekat dengan masyarakat,” jelas penyanyi kelahiran ibu kota ini.

Sementara itu bercakap mengenai perkembangan terkini, Hazama kini sibuk dengan penggambaran untuk muzik video terbaharunya, Aku Bukan Dewa di Pulau Kapas, Terengganu.

Menurutnya lagi, lagu tersebut merupakan gandingan bersama rapper terkenal, Altimet dan bakal bertemu peminat pada Oktober depan. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori