Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Lori Minyak Meletup, 1...

BINTULU - Sebuah lori tangki yang sarat membawa bahan api telah meletup dan...

Satelit Sumbangan Elon Musk...

KIEV – Satelit Starlink yang disumbangkan bilionair, Elon Musk telah memberi kelebihan kepada...

Pemuda UMNO Akur Rombakan...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO akur dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Beri Kebenaran Pakai Baju...

PUTRAJAYA - Semua institusi pendidikan disaran untuk memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid,...

Jabatan Kesihatan Kedah Siap Sedia Hadapi MERS-CoV

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Kedah kini berada dalam keadaan siap siaga dalam usaha mencegah dan mengawal penularan jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) berikutan kepulangan jemaah haji ke tanah air bermula dari 26 Sept hingga 1 Oktober ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, antara langkah-langkah yang bakal diambil ialah melakukan aktiviti saringan di pintu masuk lapangan terbang antarabangsa serta semua fasiliti kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga bukan KKM di seluruh negara bagi mengesan sekiranya terdapat jemaah haji yang menunjukkan gejala jangkitan.

Selain itu, anggota kesihatan di lapangan terbang, hospital dan klinik-klinik awam serta swasta diarahkan untuk mengamalkan langkah pencegahan jangkitan dan kawalan bagi memastikan mereka tidak dijangkiti.

“Pemantauan berterusan melalui sistem survelan kes ‘Influenza Like Illness (ILI)’ dan ‘Severe Acute Respiratory Infection (SARI)’ dilakukan untuk mencegah dan mengawal kemungkinan penularan jangkitan pernafasan di negeri ini.

Pada masa sama kita berusaha memperkemaskan pendidikan kesihatan dalam komuniti digiatkan bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang amalan basuh tangan, adab batuk dan amalan memakai topeng hidung dan mulut apabila mengalami gejala bersin, batuk dan demam.

“Kita juga sebelum ini telah mengadakan latihan simulasi menangani MERS-CoV pada 23 Ogos lalu untuk menilai tahap kesiapsiagaan fasiliti kesihatan dan mengambil tindakan pembetulan jika perlu,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai awam yang pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah atau mengadakan lawatan ke negara Timur Tengah segera melaporkan kejadian jangkitan.


“Ini penting, kerana jika seseorang dijangkiti MERS-CoV akan ada gejala jangkitan pernafasan (seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak) dalam masa 14 hari dari tarikh ketibaan, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung, menjaga adab batuk serta mengamalkan kebersihan diri seterusnya mendapatkan rawatan sekiranya tidak sihat serta bekerjasama maklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri meminta orang ramai mengambil langkah pencegahan terutama kanak-kanak, warga emas dan wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang berada di pasaran.

Katanya, jemaah haji yang bertolak melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Kepala Batas pada fasa pertama yang lalu akan mulai pulang melalui fasa kedua dari Madinah dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat pulang ke Alor Setar melalui 25 penerbangan bermula dari 26 September hingga 1 Oktober ini.

“Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan terus memantau situasi kejadian penyakit ini dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Maklumat terkini berkaitan jangkitan MERS-CoV boleh juga diperolehi dari laman sesawang http://www.moh.gov.my, “ katanya. – BERNAMA

Kategori