• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iraq Harap Malaysia Buka Semula Kedutaan Di Baghdad

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Iraq berharap Malaysia akan membuka semula kedutaannya di Baghdad untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara terutama dalam sektor pendidikan untuk menawarkan lebih banyak peluang kepada rakyat Iraq melanjutkan pengajian di negara ini.

Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Iraq di Malaysia, Hassan Muhsen Al-Haidari berkata, pada masa lebih 5,000 pelajar Iraq menyambung pengajian di Malaysia sama ada di universiti atau kolej awam dan swasta.

“Malaysia menjadi satu daripada destinasi penting bagi rakyat Iraq untuk melanjutkan pengajian mereka dan kami percaya jika Malaysia membuka semula kedutaannya di Baghdad, bilangan pelajar Iraq di negara ini akan meningkat dua kali ganda.

“Pembukaan semula kedutaan akan menyediakan saluran yang betul dan memudahkan rakyat untuk memasuki Malaysia dan ini akan memberi manfaat kepada banyak rakyat Iraq,” kata beliau pada sidang media selepas melancarkan Persatuan Perundingan Profesional Iraq di Malaysia (IPCAM ), di sini hari ini.

Selain pendidikan, beliau berkata kedutaan juga akan membantu untuk meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Iraq dalam bidang-bidang lain seperti ekonomi dan pelancongan.

Menurut satu laporan, Malaysia menutup kedutaannya di Baghdad pada Mac 2003 kerana pergolakan dalaman di negara itu.

Mengenai IPCAM, Hassan berkata pihak kedutaan dan rakyat Iraq mengalu-alukan inisiatif itu kerana ia akan membantu dan membimbing pelajarnya di negafra ini untuk mencapai matlamat mereka dalam pendidikan dengan cara paling efektif.

“Jumlah pelajar Iraq di Malaysia semakin meningkat dengan sebahagian daripada mereka memasuki negara ini melalui ejen dan ada juga kes mereka ditipu oleh ejen. Penubuhan IPCAM akan membantu dan menjamin pelajar Iraq di negara ini,” kata beliau.

IPCAM adalah sebuah organisasi perunding profesional yang menyediakan khidmat perunding untuk membantu dalam pendidikan, penempatan pelajar, pertukaran program, latihan dan bengkel untuk memastikan pendidikan yang selamat dan berkualiti disediakan bagi pelajar Iraq. – BERNAMA

Tags: Kedutaan Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tahan Dua Pegawai Di Kedutaan Malaysia Di Bangladesh

SPRM Tahan Dua Pegawai Di Kedutaan Malaysia Di Bangladesh

20/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai agensi penguat kuasa yang bertugas di Kedutaan Malaysia di...

Kedutaan Malaysia Di Mesir Beli Dua Lot Tanah Perkuburan

Kedutaan Malaysia Di Mesir Beli Dua Lot Tanah Perkuburan

16/08/2022
0

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir mengambil inisiatif membeli dua lot tanah perkuburan di negara itu susulan kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd