• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Kumpul Maklumat Pesta Gay

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Jabatan Imigresen Malaysia akan mendapatkan maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi penguat kuasa lain berhubung pesta gay yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur hujung bulan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata ia bagi memastikan mereka berkenaan yang bermasalah tidak masuk ke negara ini dan mereka akan diberikan Notis Penolakan Masuk (NIL) di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1559/63.

“Kerajaan telah ambil satu ketetapan iaitu melarang pesta berkenaan dan Imigresen dipertanggungjawabkan untuk menyekat mana-mana individu atau penganjur untuk masuk ke Malaysia.

“Saya juga tidak faham dengan mereka yang mempertikaikan tindakan JIM untuk melarang individu terlibat pesta itu masuk ke Malaysia kerana ia (pesta) bukan budaya negara ini dan ini bukan sahaja soal agama Islam atau tidak, tetapi (pesta itu) terlalu abnormal kepada kita (di Malaysia),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan majikan bagi membincangkan isu pekerja asing, di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan sebarang acara atau parti gay yang dilaporkan dirancang untuk diadakan pada 30 September.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata walaupun sehingga ini penganjur acara itu belum membuat permohonan permit bagi membolehkan acara itu berlangsung, beliau telah mengarahkan PDRM untuk tidak meluluskannya.

Dilaporkan pesta itu diadakan bagi mempromosikan acara perhimpunan gay tahunan terbesar di Asia iaitu ‘White Party Bangkok’ di Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 28 Disember depan.

Sementara itu, Mustafar berkata majikan tidak perlu takut atau bimbang untuk memohon pekerja asing untuk bekerja di syarikat mereka kerana pihaknya sentiasa bersedia meluluskannya jika ia mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Majikan perlu buktikan ada perjanjian kontrak untuk projek mereka laksanakan untuk mengambil pekerja asing dan bukannya tiada kerja (projek), tetapi memohon (pekerja) dalam jumlah yang ramai atau luar biasa, itu macam menjual orang jadi memang tidak diluluskan (permohonan) tersebut,” katanya.

Beliau berkata ketika ini terdapat 1.72 juta pekerja asing yang berdaftar di negara ini dan pihaknya percaya jumlah itu mencukupi untuk menampung permintaan majikan.

“Selain itu, majikan juga dinasihatkan agar tidak memohon pekerja asing dengan menggunakan orang tengah sebaliknya terus kepada Imigresen bagi mengelak ditipu dan dikenakan caj yang tinggi oleh mereka (orang tengah) dan kami juga akan mengambil tindakan tegas terhadap orang tengah,” katanya. – BERNAMA

Tags: gayimegresenPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

05/12/2025
0

BANDA ACEH – Dua lelaki yang didakwa sebagai pasangan gay menerima hukuman 76 kali sebatan syariah selepas ditangkap ketika melakukan...

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd