Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Murid Islam Diarah Rai...

BIADAB... Ramai kesal apabila pihak pengurusan sebuah sekolah di Cyberjaya, Selangor buat acara...

BSN Terima 746 Permohonan...

KOTA KINABALU - Bank Simpanan Nasional (BSN) menerima 746 permohonan bagi Skim Perumahan...

Mahathir Mohammad Cedera Dibaling...

PERMATANG PAUH - Seorang jurugambar bebas portal berita KL Express, menerima lapan jahitan di...

Malaysia Airlines Terima Pesawat...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines hari ini menerima pesawat A350-900 keduanya yang lengkap...

IFCTF 2017 Teroka Trend Baharu Jenayah Kewangan

KUALA LUMPUR – Persidangan Antarabangsa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2017 Kesembilan akan meneroka trend baharu dalam jenayah kewangan dan pengesanan serta keupayaan teknologi canggih yang diperlukan bagi memenuhi jangkaan regulatori.

Institut Kewangan Asia (AIF) dalam satu kenyataan hari ini berkata, acara dua hari mulai 4 Oktober di Kuala Lumpur itu dianjur secara bersama oleh AIF serta Kumpulan Perangkaian Pegawai Pematuhan.

“Persidangan itu bertema ‘Future Proofing Compliance: Responsibility and Response-Ability’, direka bagi memberi pandangan masa depan kepada peserta dan pengamal anti pengubahan wang haram serta memerangi pembiayan keganasan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AIF, Dr Raymond Madden berkata, persidangan itu dijangka menarik lebih 500 delegasi tahun ini, termasuk profesional pematuhan kanan daripada bank dan institusi kewangan serantau dan global. – BERNAMA

Kategori