• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Disaran Buka Akaun SSPN, Rebut Insentif Khas

oleh AK-47
07/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ibu bapa yang mempunyai anak darjah satu sekolah bantuan penuh kerajaan diminta segera membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan SSPN-i Plus atau menambah simpanan sedia ada bagi merebut manfaat Insentif Khas Geran Sepadan yang akan tamat 31 Dis ini.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Mastura Mohd Khalid berkata sehingga 31 Julai lepas, hanya lima peratus daripada hampir 500,000 murid darjah satu yang layak, telah menerima simpanan percuma itu.

“Jadi kita galakkan 95 peratus lagi ibu bapa atau pendeposit segera membuka akaun atau tambah simpanan sekurang-kurangnya RM50 sebelum hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bulanan 20 Tahun PTPTN, di sini hari ini.

Insentif Khas Geran Sepadan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2017, melibatkan peruntukan RM25 juta.

Mastura berkata, dengan hanya bermodalkan RM50 untuk membuka akaun baharu atau menambah simpanan sedia ada, PTPTN akan mendepositkan RM50 sebagai simpanan percuma.

Mereka turut berpeluang menyertai cabutan istimewa dan cabutan bulanan dengan hadiah bernilai RM500,000 sempena ulang tahun ke-20 PTPTN,” katanya.

Mastura berkata pemberian insentif itu adalah sebagai galakan untuk masyarakat memulakan tabungan semasa anak masih kecil bagi memudahkan pembiayaan perbelanjaan pendidikan mereka pada masa depan.

Katanya ibu bapa dan pendeposit juga boleh menikmati pelepasan cukai taksiran sehingga RM12,000 setahun, selain kadar dividen bagi tabungan itu yang mencecah 4.25 peratus setahun.

Pada majlis itu, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Muhammad Salahuddin Eswandi memenangi hadiah utama bernilai RM10,000 untuk cabutan bulanan bagi Julai. – BERNAMA

Tags: Akaun SSPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

36,000 Buka Akaun SSPN1M Dalam Tempoh 2 Minggu

21/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) mendapat sambutan menggalakkan dengan sebanyak 36,000 akaun dibuka dalam tempoh dua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd