• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Diminta Lapor Aktiviti Tidak Sihat Pelajar

oleh AK-47
14/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan meminta kerjasama ibu bapa untuk melaporkan sebarang aktiviti tidak sihat melibatkan pelajar kepada pihak berkuasa dalam usaha membendung gejala negatif di setiap sekolah yang dikenal pasti di seluruh negara.

Timbalan Menterinya Datuk P. Kamalanathan berkata maklumat seperti pelajar sekolah merokok, ponteng, bergaduh dan sebagainya di luar kawasan sekolah dapat membantu pihak sekolah mengenal pasti pelajar yang bermasalah.

“Kadang-kala persekitaran di luar sekolah yang tidak sihat menyumbang kepada masalah disiplin pelajar.

“Justeru saya menyambut baik pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menempatkan polis menjadi pegawai perhubungan sekolah di seluruh negara bagi memastikan gejala negatif terutama kegiatan jenayah melibatkan pelajar dapat ditangani segera,” katanya selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Cheras, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas langkah Kementerian Pendidikan untuk mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk menangani masalah di setiap sekolah ‘hotspot’ yang telah dikenal pasti di seluruh negara.

Antara agensi-agensi yang terlibat melalui strategi NBOS ini adalah polis, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, badan bukan kerajaan serta alumni setiap sekolah.

Dalam pada itu, Kamalanathan berkata Program Lawatan Sambil Belajar ke Penjara Kajang yang julung kali dianjurkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur (MCPF KL) baru-baru ini dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada golongan pelajar yang bermasalah.

Mengenai lawatannya ke SJKT Cheras, Kamalanathan berkata kerajaan telah menyumbang peruntukan khas sebanyak RM400,000 bagi kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah Tamil itu.

Sebelum ini, sekolah itu telah menerima RM1.5 juta peruntukkan daripada kerajaan untuk pembinaan sebuah bangunan baharu yang boleh menempatkan lebih 400 pelajar pada masa depan, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk P. Kamalanathan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Kesan 80,000 Keluarga Perlu Bantuan Kewangan

24/04/2018
0

PETALING JAYA – MIC dalam proses mengenal pasti sebanyak 80,000 keluarga India lagi dalam kumpulan B40 untuk menerima bantuan kewangan...

MIC Pastikan Kemenangan BN Di Hulu Selangor

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - MIC akan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd