• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HUSM Dibantu Pakar Jantung Kanak-Kanak Dari UK

oleh AK-47
26/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi menerima bantuan kepakaran sepasukan doktor pakar bedah jantung kanak-kanak dari United Kingdom, kali ini bagi melakukan pembedahan kepada 10 orang pesakit jantung, di Hospital USM (HUSM) Kubang Kerian di sini.

Timbalan Pengarah Kanan (Klinikal) HUSM Dr Nik Min Ahmad berkata rombongan pakar berkenaan adalah kesinambungan program yang dimulakan sejak 2015 dibiayai sepenuhnya oleh sebuah pertubuhan badan amal, Yayasan ‘Healing Little Heart’ (HLH).

“Kali ini rombongan pakar diketuai Dr Edward Peng bersama tiga orang doktor, tiga jururawat dan seorang perfusionis daripada Royal Hospital For Children, Glasgow, Scotland dalam usaha membantu 10 pesakit jantung kanak-kanak di HUSM,” katanya pada sidang akhbar bagi memperkenalkan projek amal itu di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains HUSM Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah dan Pakar Pediatrik Kardiologis HUSM Dr Mohd Rizal Mohd Zain.

Dr Nik Min berkata pesakit jantung terbabit yang berumur antara tujuh hari dan 18 tahun menjalani pembedahan tersebut yang bermula Ahad lepas hingga Khamis ini.

Beliau berkata sehingga kini empat bantuan yang sama berjaya memberi manfaat kepada 40 pesakit jantung kanak-kanak di Kelantan sejak program itu dilaksanakan pada 2015.

Katanya HUSM amat bertuah dan berterima kasih atas usaha murni yang dilakukan oleh semua pakar bedah berkenaan kerana ia bukan sahaja satu perkongsian perubatan bijak tetapi lebih penting mampu memendekkan tempoh menunggu pesakit selain dapat menjimatkan kos sehingga RM50,000.

Beliau berkata kerjasama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pesakit jantung di negeri ini yang dianggarkan sebanyak 400 kes setahun selain pesakit lain di seluruh negara.

Sementara itu, bapa seorang pesakit jantung Mohd Fairus Razali, 38, berkata beliau amat bersyukur selepas anaknya Nur Qurattun Ain, 4, selamat menjalani pembedahan semalam.

“Saya amat berterima kasih kepada HUSM kerana telah menyegerakan pembedahan ke atas anak saya tanpa bayaran yang tinggi. Ia benar-benar membantu kerana saya hanya penoreh getah dan tidak mampu membiayai semua kos pembedahan,” katanya.

Beliau berkata anak tunggalnya itu mengalami penyakit jantung berlubang sejak lahir dan menjalani pembedahan pertama ketika berumur tujuh hari.

Majlis sama turut menyaksikan penyerahan cek sumbangan peralatan pembedahan kepada dua pesakit jantung bernilai RM7,950 setiap seorang oleh Tabung Kebajikan dan Pendidikan Persatuan Alumni Doktor USM (Paducare).

Paducare adalah projek kerjasama bersama Pasar raya Mydin bertujuan mencari dana untuk pembelian peralatan jantung bagi merawat masalah jantung dalam kalangan kanak-kanak.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Paducare di akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03018010143422. – BERNAMA

Tags: HUSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jururawat HUSM Meninggal Dunia Akibat Covid-19

16/12/2020
0

KOTA BHARU - Seorang jururawat wanita di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, meninggal dunia malam tadi dipercayai akibat...

HUSM Terima Van Mesra OKU Untuk Mudahkan Pesakit

25/01/2017
0

KOTA BHARU - Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian hari ini menerima sebuah van mesra orang kelainan upaya (OKU)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd