• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hayati Makna Sebenar ‘Hijrah’ – Raja Muda Perlis

oleh Ahmad Albab
29/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu setiap umat Islam menghayati makna hijrah yang sebenar untuk diterjemahkan dalam bentuk amalan, sikap, pemikiran dan pendekatan yang terbaik.

“Semoga kita akan menjadikan sambutan Maal Hijrah setiap tahun sebagai titik semakan pencapaian kita dari sudut hijrah minda, di manakah kita, dan sejauh manakah pencapaian kita selama ini,” titah baginda yang berangkat mewakili Raja PerlisTuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Perlis di Dewan Warisan, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Titah baginda hijrah sebenarnya bukan hanya satu peristiwa perpindahan jasmani semata-mata tetapi turut melibatkan perubahan, kemajuan dan penambahbaikan diri dan masyarakat ke arah yang dapat memartabatkan lagi Islam di mata dunia.

Pembinaan asas ini, titah Raja Muda haruslah bermula dengan membetulkan diri dari segi sikap dan pemikiran sebagai satu bentuk ‘jihad’ bagi melonjakkan nama baik Islam dalam pelbagai sudut.

“Semangat inilah yang menggerakkan kita dalam mengikuti sunah baginda Nabi Muhammad SAW, bukan sekadar perpindahan fizikal, bahkan melibatkan penghijrahan minda,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Titah baginda apabila disebutkan ‘negeri maju’, kebanyakan memahaminya sebagai maju dari aspek pembangunan fizikal semata-mata iaitu tinggi atau rendah bangunan dibina, dan kemudahan yang ada.

Walaupun ini bukan satu kefahaman yang salah, harus difahami kemajuan tidak ‘dihadkan’ dengan soal pembinaan fizikal sahaja sebaliknya kemiskinan juga antara masalah yang perlu diberikan perhatian, titah baginda.

Baginda juga meluahkan rasa kesal kerana masih terdapat sebahagian mereka yang seolah-olah ‘selesa’ dengan kesusahan hidup, lantas menjadikan mereka individu yang hanya mengharapkan bantuan semata-mata dan tiada sebarang motivasi serta inisiatif untuk mengubah nasib diri.

“Pemikiran sebeginilah yang menguasai minda umat Islam sehingga menyebabkan kemunduran umat berlaku hari ini,” tegas baginda.

Tuanku Syed Faizuddin turut berpandangan sumbangan zakat tidak wajar diberi secara berterusan sebaliknya dijadikan bantuan untuk golongan berkenaan memulakan usaha mengeluarkan diri dan keluarga daripada belenggu kemiskinan.

Baginda turut kesal kerana banyak perkara yang dituntut Islam seperti soal kebersihan, pengurusan alam sekitar, etika kerja, integriti dan penguasaan ilmu masih dijuarai oleh negara bukan Islam, sekali gus menunjukkan masalah sikap dan pemikiran dalam kalangan umat Islam itu sendiri.

“Lihatlah bagaimana negara-negara maju yang rata-ratanya bukan beragama Islam lebih prihatin dalam perkara-perkara ini, walhal umat Islam adalah lebih berhak dalam soal ini,” titah baginda.

Pada majlis tersebut dua tokoh agama tempatan, Karim Salleh, 76 dan Azizah Abu Seman, 71, dinamakan Tokoh Maal Hijrah Perlis yang turut menyertakan hadiah wang tunai RM7,000, masing-masing.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyampaikan anugerah berkenaan selain turut menyampaikan anugerah Jaizah Maal Hijrah kepada Allahyarham Lt. Kol. Yazmi Mohamad Yusof. – BERNAMA

Tags: HijrahRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ops Judi Haram: 3,785 Individu Di Selangor Ditahan

Next Post

Kekurangan Buruh Asing Di Cameron Highlands Serius

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

Next Post

Kekurangan Buruh Asing Di Cameron Highlands Serius

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd