• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribuan Sertai Keretapi Sarong 2017

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ribuan peserta “Keretapi Sarong 2017” hari ini membuktikan tiada apa hendak dimalukan ketika memakai kain sarung tradisional Malaysia semasa bersiar-siar dan menaiki pengangkutan awam.

Mengenakan kain sarung dan kain pelikat yang pelbagai warna dengan pelbagai gaya, peserta melangkah dengan bangganya dari lima stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) ke pusat tarikan pelancong seperti Masjid Jamek, KL Sentral dan Muzium Negara bersempena sambutan Hari Malaysia ke-54 hari ini.

Bagi penuntut berusia 22 tahun, Mohd Azrul Ahmad, beliau merasa bangga memakai kain sarung arwah datuknya untuk menunjukkan bahawa generasi muda seperti dia masih lagi menghargai warisan tekstil negara dan mahu mengekalkan legasi itu untuk generasi akan datang.

“Kami selalunya memakai kain sarung apabila ke masjid untuk solat atau semasa berada di kampung. Mengapa tidak kami memakai pakaian seperti ini dalam kehidupan seharian sebagaimana orang dulu-dulu,” katanya kepada Bernama semasa menyertai program itu di sini.

Turut menyertai saat-saat bermakna itu ialah pegawai dagang Jerman berusia 35 tahun, Viola yang cuba memakai kain sarung tradisional Malaysia itu buat kali pertama.

“Saya sebenarnya belajar memakai sarung semasa melawat Kelantan tahun lepas dan sudah tentu saya tidak mahu kehilangan peluang mengetahui bagaimana rasanya memakai sarung sambil bersiar-siar di bandar raya di tengah-tengah orang ramai,” katanya.

Pesara berusia 57 tahun, Angie Ng berharap acara ini dapat mengingatkan masyarakat kepentingan melihat kebudayan Malaysia sebagai identiti mereka selain daripada menyatupadukan pelbagai kaum.

“Adat resam dan kebudayaan tradisional kita adalah amat indah dan penuh dengan cita rasa unik, jika kita tidak mahukannya, ia akan pudar perlahan-lahan. Kita mesti mempunyai rasa bangga dan menghargainya sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Program Keretapi Sarong sudah memasuki edisi keempat, bermatlamat untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang dan bagi mengurangkan pelepasan karbon di bandar raya sambil mempromosi pemakaian kain sarung dan mendidik orang ramai mengenai sejarah dan rahsia kain sarung. – Bernama

Tags: Hari Malaysiakeretapi sarongLRT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesanan, Pelukan ‘Hadiah Terakhir’ Daripada Anak

Next Post

Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz Terus Jadi Tumpuan

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

04/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan...

Next Post

Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz Terus Jadi Tumpuan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd