• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haram Pesta Arak Bukti Gagal Amal Kesederhanaan

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya dengan kemenangan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dapat menghentikan keganasan, ketaksuban dan ekstremisme di Malaysia serta mewujudkan keadilan, belas kasihan, kebebasan dan toleransi di negara ini.

Pemimpin Pakatan Harapan daripada DAP, Lim Kit Siang memberi contoh kegagalan Malaysia dalam mengamalkan kesederhanaan apabila mengharamkan pesta arak Better Beer Festival 2017 walaupun Malaysia mempunyai Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM)

“Penubuhan GMM terbukti tidak global dan tidak sederhana dan contoh terbaru adalah larangan pesta arak atas alasan keselamatan dan ancaman pengganas yang tidak ada waras atau rasional untuk diterima oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang dibairisi DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Kit Siang bagaimanapun menaruh keyakinan masyarakat Melayu di kawasan kampung dan luar bandar sedang mengalami revolusi kerana semakin ramai daripada mereka mahu memberi kuasa pemerintahan negara kepada pembangkang.

Lagipun, kata beliau, Pakatan Harapan cuma memerlukan 10 peratus lagi sokongan kaum Melayu untuk merampas Kerajaan Persekutuan dan memerintah negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPpesta arak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd