• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hantar Pasukan Terbaik Sertai Hoki SOJ Ke-7

oleh AK-47
26/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) diharap menghantar pasukan terbaik untuk menyertai Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 (B21) Tahun Piala Sultan Johor (SOJ) ke-7 yang akan berlangsung di sini bulan depan.

Presiden Persatuan Hoki Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata SOC adalah kejohanan bertaraf antarabangsa yang tidak boleh disia-siakan kerana ia akan memberi pendedahan kepada pasukan hoki Malaysia untuk beraksi dengan pasukan-pasukan hebat dari negara lain.

“Kita menganjurkannya bukan satu perkara yang mudah. Jadi, tolonglah pihak MHC…(ambil) serius dengan kejohanan ini,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Kejohanan SOC di Pusat Konvenyen Antarabangsa Johor (PERSADA) di sini, hari ini.

Berangkat menyempurnakan majlis itu ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Menurut Md Jais, kejohanan SOC juga merupakan peluang kepada skuad B21 untuk ‘bereksperimentasi’ sebelum beraksi dalam Kelayakan Hoki Remaja Asia yang dijadualkan pada 2019.

“Mungkin nanti (pada 2019), mereka akan bertemu balik dengan pasukan-pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan ini, jadi mestilah hantar pasukan yang berkualiti,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri.

Sementara itu, mengulas penyertaan kali pertama pasukan Amerika Syarikat (AS) dalam kejohanan SOC, Md Jais berkata ia adalah atas permintaan pasukan negara itu sendiri bagi memantapkan jentera mereka.

“AS kini berada di ranking ke-26, walaupun agak jauh tetapi mereka minta untuk sama-sama terlibat dalam kejohanan.

“Mereka juga ada membuat cadangan supaya hubungan (pasukan) hoki Malaysia dan AS dirapatkan lagi. Bermakna, di masa-masa mendatang, kita hendak terlibat dalam apa-apa kejohanan atau perlawanan persahabatan di AS, mereka boleh bantu,” katanya.

SOC kali ini yang disertai pasukan dari enam negara iaitu Australia, India, England, Jepun, AS dan Malaysia akan berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya di sini dari 22 hingga 29 Oktober.

Kejohanan itu juga mendapat tajaan berjumlah RM1.89 juta daripada beberapa pihak antaranya kerajaan negeri yang menyumbang sebanyak RM500,000; Astaka Padu Sdn. Bhd. (RM200,000); Genting Berhad, UM Land, Johor Corporation dan Tenaga Nasional Berhad masing-masing RM100,000 serta Iskandar Waterfront Sdn. Bhd. dan Berjaya Times Square masing-masing RM50,000. – BERNAMA

Tags: Datuk Md Jais Sardayhoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd