Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

2,031 Kes Positif Covid-19,...

SEBANYAK 235 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan kes positif koronavirus baharu (Covid-19)...

Saudi Larang Lawat Jabal...

RIYADH - Kementerian Umrah dan Haji Arab Saudi dilaporkan mula melarang semua kegiatan...

Gereja Paling Suci Di...

BAITULMAQDIS - Gereja paling suci penganut agama Kristian ditutup secara mengejut pada Ahad...

Lelaki Muslim Beri Hadiah...

SETIAP perayaan di seluruh dunia ini disambut bukan setakat untuk mendekatkan diri dengan...

Gesaan Sultan Dibangkit Pada Mesyuarat Exco

JOHOR BAHRU – Gesaan Sultan Johor supaya sekolah berisiko tinggi kebakaran dikenal pasti akan dibangkitkan pada mesyuarat Exco pendidikan negeri bersama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 25 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat yang memberi jaminan tersebut, berkata keprihatinan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar itu amat bertepatan.

Beliau berkata gesaan baginda itu bukan kerana insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur semalam semata-mata, tetapi juga berdasarkan pengalaman kebakaran di Hospital Sultanah Aminah di sini, tahun lepas.

“Terdapat banyak pusat atau madrasah tahfiz dibina di luar bandar tanpa pelan pembangunan yang diluluskan jabatan bertanggungjawab. Malah, sistem pendawaian di sekolah-sekolah menengah dan rendah juga mungkin sudah lama tidak dipantau dan memerlukan penggantian atau penambahbaikan pada struktur bangunan tertentu.

“Kita bimbang (akan kemungkinan) berlakunya kebakaran dan runtuhan struktur. Justeru itu, ingatan baginda amat disanjungi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta menggulas titah Sultan Ibrahim semalam yang mahukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengambil tindakan segera mengenal pasti sekolah-sekolah yang berisiko tinggi kebakaran termasuk madrasah, pusat-pusat tuisyen, sekolah berasrama penuh, sekolah rendah dan menengah.

Selain pihak bomba, baginda juga mahu pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera terhadap mereka yang beroperasi secara haram dengan tidak teragak-agak menutup premis mereka.

Titah baginda semalam adalah susulan tragedi di pusat tahfiz berkenaan awal pagi semalam yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang juga warden sekolah agama terbabit.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Othman Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya akan berusaha melaksanakan titah baginda dengan sebaik mungkin.

Katanya, pemeriksaan secara berkala di premis-premis terlibat memang pernah diadakan selain menubuhkan Skuad Bomba Pondok.

Skuad Bomba Pondok yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 6 Mei lalu dilaksanakan di seluruh Malaysia dan berperanan untuk mencegah kebakaran di peringkat awal dengan latihan diberikan oleh bomba.

“Di Johor, ada sejumlah pengusaha pusat tahfiz sudah kami kumpul mengikut zon bagi pelaksanaan (skuad bomba),” katanya. – BERNAMA

Kategori