• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis 13 Tahun Dirogol, Dilacur Kepada Warga Emas

oleh Ahmad Albab
26/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya, apabila bukan setakat dirogol, malah dipaksa melayani nafsu serakah seorang lelaki berusia 82 tahun yang membayar ‘RM700’ untuk tujuan itu.

Selain melayan warga emas itu, remaja terbabit turut dipaksa oleh perogolnya melayani nafsu dua lelaki secara bergilir di lokasi berasingan dan dipukul jika engkar.

Susulan aduan yang diterima, polis malam kelmarin, menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai terbabit dalam kes itu dan sedang berusaha mengesan individu lain yang turut terbabit merogol dan melacurkan mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supritanden Stanley Jonathan Ringgit, berkata nasib malang menimpa gadis itu terbongkar selepas laporan polis dibuat bapa mangsa berusia 55 tahun di Balai Polis Pusat Miri pada Rabu lalu.

“Polis sudah memberkas seorang perogol yang terbabit dan kini direman selama enam hari bermula hari ini,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa sudah dirujuk ke Hospital Miri untuk pemeriksaan kesihatan lanjut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan. – Berita Harian

Tags: kes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd