Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Curi Motor: Bakal Bapa...

PETALING JAYA - Seorang bakal bapa dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret...

Utusan Tak Dapat Kebenaran...

PUTRAJAYA - Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka memperoleh...

Sri Lanka: Polis Tahan...

COLOMBO: Polis Sri Lanka menahan dua ahli Parlimen daripada parti pemerintah berikutan didakwa...

Bijirin Quaker Oats Pasaran...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan bijirin oat jenama Quaker Oats yang...

Fattah Amin, Nur Sajat Bakal Cinta Lokasi?

KATA orang kalau nak berjaya, mesti kena banyak berusaha. Bila dah berusaha, barulah kejayaan akan datang depan mata.

Nama Nur Sajat sememangnya tidak asing lagi dalam dunia keusahawanan mahupun kecantikan. Semakin hari, nama Sajat makin meletop!

Terbukti ‘wanita’ ini mempunyai bakat yang besar dalam dunia lakonan.

Sajat telah dilamar oleh pengarah tersohor, Michael Ang bagi melakonkan satu watak kecil di dalam drama kontroversinya, Coffee Prince dan telah digandingkan dengan hero pujaan ramai, Fattah Amin!

Wow! Agak-agak ada tak cinta lokasi antara Fattah dan Sajat macam kebiasaan yang terjadi pada Fattah sebelum ni?

“Saya memegang watak kecil sebagai seorang wanita yang bekerjaya. Adegan ini menunjukkan sesi perkenalan antara saya dan Fattah.

“Mesti ramai tertanya-tanya kami berkenalan sebagai apa kan. Mungkin ‘skandal’ mungkin kenalan. Kalau nak tahu sama ada saya akan jadi ‘skandal’ bagi watak yang dilakonkan Fattah, kenalah tonton drama ni nanti,” katanya dengan nada teruja ketika ditemui oleh mStar online.

Mungkin disebabkan Sajat sudah ada pengalaman berlakon dalam filem Ophilia pada tahun 2014 lalu dan turut bergiat aktif dalam pementasan teater, itu telah membuatkan Sajat tidak kekok semasa di hadapan kamera.

Sajat malah turut memuji Fattah kerana sikapnya yang mudah didekati dan sentiasa memberikan kerjasama sepanjang mereka digandingkan.

“Fattah seorang sangat positif dan terbuka. Lagipun kami dah buat latihan dahulu sebelum sesi penggambaran. Michael pun ada beri tips dan penerangan dari segi jalan cerita dan situasi lakonan.

“Jadi, lebih memudahkan Sajat untuk memegang watak tu. Lagipun Sajat memang wanita berkerjaya seperti sekarang. Jadi, tak ada masalah,” tambahnya lagi.


Menurut Sajat, walaupun kemunculannya hanya untuk seketika namun dia tetap berharap agar ianya dapat memberikan impak yang besar bagi drama ini.

“Saya terima tawaran berlakon daripada Michael ni pun disebabkan watak kecil tetapi memberi impak yang besar dalam drama ini.”

🌸🌺🌹…… #newbusiness #nursajat02 #terbaik #janganmengata

A post shared by NUR SAJAT PEREMPUAN (@nursajat02) on

“Saya juga berharap drama ini nanti mendapat rating yang bagus sebab ia melibatkan pelakon-pelakon popular seperti Fattah, Janna selain pengarahnya yang hebat dan versatil,” katanya.

Mesti ramai yang dah tak sabar nak tengok lakonan Sajat kan… Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Coffee Prince yang diadaptasi daripada drama hit Korea ini lakonan Fattah Amin, Janna Nick dan ramai lagi.

Mana tahu, mula-mula jadi pelakon extra, lama-lama nanti dapat watak heroin ke? Ada mana-mana pengarah nak ambil Sajat berlakon tak selepas ni? – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori