Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Penumpang AirAsia X Selamat...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan kesemua penumpang AirAsia X flight...

PRK: 109 Pengundi Awal...

TUMPAT - Sebanyak 109 anggota polis yang berdaftar sebagai pengundi awal bagi kawasan...

IG @tvalhijrah114: Momen Pertama...

SYAFINAZ Yusuf terkedu menatap Kaabah. Setelah lapan hari berada di Madinah sejak tiba pada...

Malaysia Sambut Hari Lelaki...

LUNDU — Malaysia buat pertama kali akan menyambut Hari Lelaki Sedunia pada 19...

Fathia Nangis Di Insta Live, Dakwa Difitnah

GARA-GARA satu demi satu kontroversi yang diasak pelakon Fathia Latiff baru-baru ini, pelakon cantik itu ternyata tidak dapat menahan hati lagi dan menangis di khalayak ramai.

Menerusi Instagram (IG) Live sebentar tadi, Fathia telah membuat rakaman langsung meluahkan perasaannya selepas dikritik hebat apabila video aksi ‘panas’ dirinya tersebar serta kontroversi digugurkan daripada produksi drama La Luna.

Baca: Video Berahi Tersebar, Fathia Enggan Beri Komen

Juga: Fathia Digugurkan Daripada Drama

Kata Fathia: “Apabila banyak fitnah timbul saya sedih. Saya hanya manusia biasa. Saya cuba nak tunjuk dan jadi baik. Tapi saya tak berjaya. Saya sendiri masih belajar.

“Maafkan saya. Jangan fitnah saya. Apa yang saya alami, hanya Allah yang tahu,” katanya sambil menitiskan air mata.

Sejak beberapa hari lalu, tersebar rakaman video melalui aplikasi Bigo Live milik seorang pelakon baharu bernama Natasha Ellyza yang memaparkan dirinya bersama seorang wanita mirip Fathia yang menari dengan gaya berahi sambil mendedahkan sebahagian tubuhnya.

Nama Fathia terus hangat apabila pembabitannya dalam drama La Luna terbitan TenView Sdn. Bhd. ditamatkan serta merta.

Produksi mengambil keputusan itu atas alasan Fathia mempunyai masalah salah laku hingga menyukarkan penggambaran.


Dalam soal bertudung dan menjadi insan yang lebih baik, pelakon drama Ariana Rose ini berharap tidak diberi tekanan.

“Jangan beri saya tekanan. Saya masih belajar mengenai Islam dan Tuhan. Jangan terus fitnah saya…Tak baik,” katanya, seakan-akan merayu kepada umum.

Dalam pada itu, ruangan komen di IGnya ditutup dan Fathia telah memuat naik sebuah gambar tertera tulisan, “I’m Only Human (Saya Hanya Manusia).” – MYNEWSHUB.CC

Kategori