Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pelancaran Roket Artemis I...

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) membatalkan pelancaran roket Artemis I...

1MDB Akan Bukti Kemampuannya...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dijangka mengambil langkah tambahan bagi mengurangkan...

P. Pinang Jadi Transit...

BANGKOK - Sindiket yang mempunyai jaringan di peringkat antarabangsa menjadikan Pulau Pinang sebagai...

Drama Curang – Dari...

Sebuah video pendek memperlihatkan pertelingkahan antara 4 individu dipercayai pasangan suami isteri, adik...

F1: SIC Yakin Capai Jualan 80,000 Tiket

SEPANG – Peminat Formula Satu (F1) di negara ini digesa supaya tidak melepaskan peluang terakhir untuk menyaksikan pelumba dan pasukan kegemaran mereka bersaing pada perlumbaan Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini.

Berikutan jualan tiket kini sudah mencecah 60,000, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali yakin SIC mampu mencapai sasaran 80,000 penjualan tiket, sebelum berakhirnya saingan F1 di Malaysia selepas 19 tahun penganjuran perlumbaan tersebut, yang dijenamakan sebagai F1NALE.

“Saya dimaklumkan oleh pasukan pemasaran penjualan tiket semakin memberangsangkan, dan seperti kita ketahui, rakyat Malaysia sentiasa membelinya pada saat akhir. Saya percaya menjelang hujung minggu ini, kita dapat mencapai sasaran itu,” katanya kepada pemberita semasa meninjau trek dan pengumuman lalu lintas di sini hari ini.

“Penjualan tiket pada tahun ini memang positif berbanding tahun lepas. Dengan penurunan harga tiket paling murah sehingga RM47.58, kita harap boleh mencapai kehadiran penonton yang lebih ramai,” katanya.

Litar Sepang boleh memuatkan 120,000 penonton dalam satu masa.

Dalam pada itu, Razlan mengulangi kenyataannya bahawa selepas menjadi tuan rumah F1 sejak 1999, perlumbaan itu tidak mungkin kembali dianjurkan di Malaysia dalam tempoh terdekat, atau sekurang-kurangnya dalam masa lima tahun kerana ia memerlukan banyak usaha dan kerjasama pelbagai pihak.

Sementara itu, beliau mengesahkan SIC sudah meningkatkan aspek keselamatan di litar berkenaan berikutan jentera pada perlumbaan musim ini lebih laju.


“Simulasi oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) sebelum ini menunjukkan bahawa halangan pada tayar di lima pusingan termasuk di pusingan 1 dan 4 perlu ditingkatkan..jadi kita sudah melakukannya,” kata beliau.

Terkenal antara litar paling mencabar dalam kalendar F1, perlumbaan hujung minggu ini dari 29 September hingga 1 Oktober, akan menyaksikan saingan sengit antara Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes AMG Petronas dan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel untuk merangkul kejuaraan dunia.

Hamilton kini mendahului kategori pemandu selepas mengumpul 263 mata, manakala Vettel mengutip 235 mata, dengan berbaki enam perlumbaan.

Tiket menyaksikan perlumbaan berkenaan boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi SIC, www.sepangcircuit.com atau di kiosk-kiosk di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan juga NU Sentral. – BERNAMA

Kategori