• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Kedah

oleh AK-47
22/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Empat pusat pemindahan dibuka di tiga daerah iaitu Kuala Muda, Kota Setar dan Kubang Pasu bagi menempatkan 461 mangsa daripada 97 keluarga yang terjejas akibat banjir kilat di negeri ini.

Penyelaras Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Kapten Pertahanan Awam Saifuddin Abdullah berkata pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kechil, Mukim Bukit Meriam, Kuala Muda, yang dibuka jam 5 petang semalam kini menempatkan seramai 319 mangsa daripada 67 keluarga.

“Pusat pemindahan di Dewan Kampung Jilid 8 di Mukim Bujang, Kuala Muda, yang dibuka pada pukul 8 malam tadi pula menempatkan 30 mangsa daripada tujuh keluarga.

“Seramai 20 mangsa daripada empat keluarga berada di pusat pemindahan di Dewan Kampung Balai, Mukim Kuala Kedah, yang dibuka pada jam 9 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, sebuah pusat pemindahan dibuka di daerah Kubang Pasu iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changloon, Mukim Temin jam 11.30 malam tadi yang menempatkan 92 mangsa daripada 19 keluarga. – Bernama

Tags: banjir kilatpusat pemindahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cuaca Buruk Gagalkan Cubaan PATI

Next Post

Jumpa Balik Lebih RM3,000 Duit Lama

Related Posts

Banjir Kilat Landa Balik Pulau, Turut Sebabkan Kesesakan Lebih 3 KM

Banjir Kilat Landa Balik Pulau, Turut Sebabkan Kesesakan Lebih 3 KM

16/06/2025
0

Balik Pulau: Penempatan penduduk di beberapa lokasi termasuk perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau di sini, dilanda banjir...

Banjir Kilat Seperti ‘Kepala Air’, Penduduk Berpaut Tiang 20 Minit Elak Hanyut

Banjir Kilat Seperti ‘Kepala Air’, Penduduk Berpaut Tiang 20 Minit Elak Hanyut

23/03/2025
0

KOTA TINGGI: Hujan lebat melanda tengah malam tadi mengakibatkan banjir kilat di Kampung Felda Air Tawar 1, dengan keadaan disifatkan...

Next Post

Jumpa Balik Lebih RM3,000 Duit Lama

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd