Friday, October 4, 2024

Creating liberating content

Jasad 3 Sekeluarga Mangsa...

BACHOK - Mayat tiga beranak yang dibunuh kejam di sebuah rumah yang dijadikan...

Inkues Adib: Eksperimen Dibuat...

SHAH ALAM - Saksi ke-29 inkues kematian Muhammad Adib, Prof. Dr. Shahrom Abd....

Chris Pratt, Anna Faris...

PASANGAN suami isteri kegemaran Hollywood, Chris Pratt dan Anna Faris mengumumkan perceraian selepas...

Hati-Hati, Ramai Dah Ditipu...

HARI ini, inbox Facebook Mynewshub telah menerima 'kunjungan' seorang netizen yang meminta kami bantu tularkan seorang wanita yang...

Dr. Mohd Jamil Mukmin Tokoh Maal Hijrah Melaka

MELAKA – Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), Profesor Adjung Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1439 Negeri Melaka.

Mohd Jamil, 72, menerima wang tunai RM10,000, plak, sijil penghargaan dan hadiah iringan yang disampaikan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh hari ini.

Turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah berkenaan turut dikenali sebagai Anugerah Abu Bakar As-Siddiq.

Memberitahu pemberita kemudiannya, bapa kepada tiga orang anak itu berkata beliau bersyukur atas penganugerahan itu dan berhasrat untuk meneruskan usaha-usaha dakwah yang dapat menyumbang ke arah kebaikan sama ada kepada bangsa, agama dan negara.

“Allah sudah beri kekuatan dari segi mental dan fizikal yang baik kepada saya, oleh itu saya sumbangkan kepada golongan masyarakat khususnya dalam memperjuangkan agama Islam.

“Apa yang diterima pada hari ini akan menjadi pendorong kepada diri saya untuk lebih terus bersama-sama meneruskan usaha dakwah dalam pembangunan ummah,” katanya yang juga Naib Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).


Mohd Jamil yang menetap di Bukit Baru di sini pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sarawak dari 1981 hingga 1987 dan Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mansor Othman pada 1971.

Selain memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2005, beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari University of Southern California, Los Angeles pada 1981.

Ketika berkhidmat lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau pernah menganggotai Jemaah Pengarang Berita Pentadbir selain menjadi penulis majalah termasuk Mastika dan Dewan Masyarakat.

Sehingga kini beliau telah menghasilkan kira-kira 20 buah buku berunsur sejarah antaranya Tun Kudu Wirawati Melaka (2017), ‘Sejarah Keagungan Kerajaan Islam (610M-1922M) Edisi Kedua (2015) dan Sejarah Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara (2012). – BERNAMA

Kategori