• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DQI: Operasi Cari Bahan Bukti Di Tasik Ditamatkan

oleh Ahmad Albab
26/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas lebih tiga jam pencarian bahan bukti di Taman Tasik Datuk Keramat di sini berkaitan kes kebakaran pusat tahfiz, pasukan penyelam polis menamatkan operasi kira-kira 1.40 tengah hari tadi.

Menurut sumber, operasi pencarian ditamatkan selepas mereka tidak menemui sebarang objek seperti pemutar skru yang boleh dikaitkan dengan insiden itu.

“Keadaan air yang keruh menyukarkan lagi pencarian ini. Bagaimanapun, hasil siasatan hari ini akan dihantar ke ibu pejabat untuk tindakan susulan,” katanya kepada Bernama.

Tinjauan Bernama di lokasi, mendapati seramai empat anggota penyelam meyelam ke dasar tasik, kira-kira 10 meter dari tebing tasik berkenaan.

Pasukan penyelam itu dikerahkan ke taman tasik yang terletak di belakang Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di Jalan Keramat Ujung di sini sejak 10.30 pagi yang turut disertai pasukan penyiasat dan Unit Forensik.

Kebakaran pusat tahfiz itu pada awal pagi 14 Sept mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang juga warden akibat terperangkap di asrama di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat.

Kenderaan yang membawa pasukan berkenaan meninggalkan taman tasik itu pada pukul 2 petang.
Semalam, polis membawa ketujuh-tujuh remaja berumur antara 11 dan 18 tahun yang ditahan berkaitan kes kebakaran itu ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Pada Jumaat lepas, tempoh reman tujuh remaja itu disambung tujuh hari lagi sehingga 29 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api. – BERNAMA

Tags: Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut...

Kebakaran Tahfiz: DNA Lelaki Ditemui Pada Tong Gas

29/01/2019
0

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diberitahu terdapat kesan DNA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd