• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Donald Trump Gesa Tamatkan Krisis Rohingya

oleh Ahmad Albab
21/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK/COX’S BAZAR – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas dan segera bagi menamatkan keganasan ke atas Muslim Rohingya di Myanmar.

Naib Presiden AS, Mike Pence, menyampaikan pendirian Trump itu dalam satu mesyuarat Majlis Keselamatan dan mengisytiharkan krisis itu sebagai satu ancaman kepada dunia.

Beliau mengulangi gesaan AS supaya tentera Myanmar menamatkan keganasan dan menyokong usaha diplomatik untuk penyelesaian jangka panjang buat Rohingya.

“Presiden Trump dan saya juga menggesa Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan tegas dan segera untuk menamatkan krisis ini serta memberi harapan dan membantu penduduk Rohingya,” katanya kepada 15 anggota majlis.

Diplomat berkata, Majlis Keselamatan mungkin mempertimbang mengguna pakai kenyataan rasmi jika situasi itu tidak berubah.

Sebanyak 15 anggota majlis itu mengadakan pertemuan tertutup sebanyak dua kali sejak krisis bermula 25 Ogos lalu.

Minggu lalu, Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan tidak rasmi kepada media, mengutuk situasi itu sambil menggesa pihak berkuasa Myanmar menamatkan keganasan.

“Keganasan ini mencetuskan benih kebencian dan huru-hara, yang akan menguasai rantau itu selama bergenerasi serta mengancam keamanan semua kita,” kata Pence. – REUTERS/BH ONLINE

Tags: Amerika SyarikatRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd