• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Dia Sering Telefon Waktu Subuh. Tapi…” – Isteri Amrul

oleh
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Luluh hati isteri apabila suami tercinta tiba-tiba pergi menghadap Ilahi dalam keadaan yang agak menyayat hati.

Itulah yang dirasai oleh Nor Fatihah Othman, 23, iaitu isteri kepada salah seorang tenaga pengajar yang terkorban, Muhammad Amrul Nizam Sakarno, 25.

“Tiada lagi suara suami mengejutkan saya untuk bangun solat Subuh. Itu cuma kenangan saya buat selama-lamanya,” itulah yang dapat dikatakan oleh wanita ini.

Dikatakan kali terakhir dia dihubungi oleh arwah suaminya ialah ketika solat Subuh pada Rabu yang lalu, iaitu sehari sebelum kejadian kebakaran itu berlaku.

“Kami tinggal berasingan kerana saya masih belajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan. Kali terakhir kami bertemu ialah pada Isnin lalu selepas kami pulang bercuti di kampung sempena Hari Raya Aidiladha.

“Tapi, Khamis lalu saya rasa peli sebab suami langsung tak hubunga macam biasa dan saya terus hubungi suami pada pukul 6:30 pagi tapi tak dijawab,” jelasnya lagi ketika ditemui oleh Berita Harian.

Kata Fatihah lagi ketika ditemui dekat kediaman mertuanya di Kampung Tujoh, hari ini, suaminya itu sering berpesan kepadanya supaya menghabiskan pengajian walau apa juga yang berlaku.

Dia cuma mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa suaminya itu ketika salah seorang daripada bapa pelajar pusat tahfiz itu menghubunginya dan memberitahunya mengenai perkara itu.

“Daripada situ saya tahu pekara ni… Patutlah saya rasa berat hati nak berpisah dengannya Isnin lalu, rupanya itu kali terakhir kami berjumpa,” katanya lagi.

Ketika proses pengecaman mayat, hanya bapa mertua dan sepupunya sahaja yang membuat pengecaman. Dia tidak sanggup untuk melihat jenazah suaminya itu kerana menyangka jenazahnya rentung.

Namun dia diberitahu bahawa jenazah suaminya berada dalam keadaan fizikal yang elok dan tidak rentung.

“Dalam keadaan sedih begini, saya tetap rasa bangga dengan suami kerana dia sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan ramai pelajarnya,” tambahnya lagi.

Jenazah Amrul telah selamat dikebumikan dekat Tanah Perkuburan Islam Masjid Tujoh, Kelantan pada pukul 2.40 pagi Sabtu. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Darul Quran Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengurusan Jenazah Lakar Sejarah, Selesai 3j 15m

Next Post

Aspek Keselamatan Perlu Dipatuhi Buka Pusat Tahfiz

Related Posts

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

11/05/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, mustahil kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di ibu negara hanya...

“Saya Mahu Dia Jadi Lebih Baik Selepas Ini” – Bapa

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - “Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dia dibebaskan dan saya mahu selepas ini dia menjadi lebih baik daripada sebelum...

Next Post

Aspek Keselamatan Perlu Dipatuhi Buka Pusat Tahfiz

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd